Itulah Sifat ilmu
Selepas empat bulan penulis berada di tahun empat, banyak kekurangan dan kelemahan yang penulis temui dalam diri ini. Bermula dari kelemahan dalam berorganisasi hinggalah memberikan penumpuan dalam bidang pengajian yang menjadi teras atau core kedatangan penulis di sini.
Kelemahan demi kelemahan yang penulis perolehi selepas penulis membuat sedikit post mortem kepada diri ini, menyedarkan penulis akan amanah yang besar yang harus dipikul bila pulang ke Malaysia nanti masih sangat jauh untuk dicapai. Dibandingkan keberadan penulis dibumi ilmu ini, sangat jauh untuk dinilai dan dikira ilmu yang penulis perolehi.
“Biasala kita berada ditahun empat ini baru kita terasa sangat akan kekurangan dan kelemahan diri, waktu ini lah kita nak pulun dan nak dapat semua benda, ana pun pernah rasa macam anta rasa juga” inilah respon sahabat penulis ketika mana penulis meluahkan kerisauan yang bermain dibenak penulis.
“Sempat k…..? soal hati kecil penulis dengan mengambil kebenaran akan isi respon sahabat tadi.
Banyak perkara yang berlaku, semua perkara tersebut menginsafkan penulis akan kelemahan dan kekurangan diri ini. Khususnya dalam bidang ilmu dan pengajian. Pernah suatu ketika penulis bertanyakan kepada seorang guru penulis..
“kenapa susah sangat kita memperolehi ilmu dan mempraktikkannya”
Jawab sang guru dengan mudah, dengan menaqalkan kata-kata Qhadi Khalil:
العلم لا يعطيك بعضه إلا إذا أعطيته كله
Tiadalah memberikan ilmu itu sebahagiaannya melainkan apabila memberikan seluruh diri kamu kepadanya
Tambah guru penulis lagi…
“itulah sifat ilmu, ia sangat cemburu, cemburunya melebihi cemburu seorang isteri apabila melihat suaminya bersama wanita lain, walaupun wanita tersebut teman rapat isterinya…”
Mujahid…anta kena ingat, itu sifat ilmu, tempat nak simpan ilmu itu pun ada sifatnya yang tersendiri”.. Tambah guru penulis lagi
“Apa tempat simpan ilmu tu ustaz dan apa sifatnya” soal penulis dengan penuh minat walau ayat kepada persoalan penulis ini agak skema
“Hati adalah tempat simpan ilmu, dan sifatnya ada dua, pertama: ia sangat sensitive dengan perkara maksiat, adakah anda ingat kata-kata Waqi` kepada anak muridnya Syafie, apabila Syafei mengadu akan kesusahan dalam menhafal dan mengingat?” soal sang guru secara tiba-tiba.
“Ana ingat” . Jawab penulis secara spontan
“Kalau anta dah ingat okla, tak perlu la ana ulang balik, kedua: sifat hati ini adalah ia tidak boleh menerima dua perkara dalam satu masa berdalilkan firman Allah:
“Diperintahkan Dengan Yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati Dalam rongga dadanya;
“Oleh yang demikian anta kena pandai-pandailah bagi masa antara menutut ilmu dengan aktiviti-aktiviti yang lain, sekadar itu ja yang boleh ana cakap”. Respon guru penulis mengakhiri kata-katanya dengan jawaban yang masih belum terjawab mengikut kehendak dan kemahuan penulis.
Penulis tinggalkan nasihat guru penulis ini kepada para pembaca sekalian untuk difahami dan dihayati dengan baik, apa yang penulis perolehi dari kata-kata nasihat di atas mungkin berlainan dari apa yang para pembaca perolehi dan fahami. Mudah-mudahan ia ada manfaat kepada diri ini dan para pembaca sekalian, khususnya mereka yang berada di tahun empat dan tahun akhir dibumi syam ini.
Marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan, masa terus dan akan terus berlalu, ambillah kesempatan dan peluang yang berbaki dengan baik. Moga kita tidak menyesal di kemudian hari. Waktu masih ada untuk kita berusaha…………..