MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”
Berusaha untuk menyingkap dan memahaminya mengikut kehendak PPMS sesi ini.
Siri Pertama
Tema adalah subjek yang menjadi sesuatu dasar dalam pembicaraan dan tindakan. Satu gagasan yang, bersifat jangka masa pendek dalam sesebuah organisasi untuk mencapai apa yang diingini dan harapkan dalam sesbuah sesi penadbiran.
Pelbagai tema dirangka pada setiap tahun untuk mengajak ahli untuk mengenal dengan lebih dekat apa yang inginkan oleh PPMS pada sesuatu sesi itu. Mengajak ahli secara keseluruhan untuk menghayati serta berusaha untuk merealisasikannya dalam sesi tersebut dengan jayanya.
Ramai dari kita sangat tidak mengambil berat soal tema persatuan bagi sesuatu sesi tersebut, tema bagi penulis sangat penting bagi penulis. Kerana dengan tema tersebut kita dapat mengetahui banyak perkara yang tersurat dan tersirat disebalik sesuatu persatuan tersebut khususnya PPMS.
Kita dapat mengetahui apa yang ingin dicapai oleh sesuatu persatuan itu pada sesi tersebut dan apa yang ingin diberi perhatian dalam gerakerja organisasi persatuan tersebut.
Tema sentiasa berubah pada setiap tahun bagi sesuatu persatuan atau organisasi tersebut, kerana berubahnya tujuan yang ingin dicapai dalam pentadbiran sesuatu sesi. Tema juga menunjukkan prestasi secara kasar yang sudah dan akan dicapai oleh sesuatu organisasi tersebut buat masa sekarang dan akan datang.
Menetapkan sesuatu tema dalam sesebuah persatuan itu jangan dipandang enteng dan ringin baik bagi pimpinan pada sesi tersebut mahupun ahli, kerana kita semua adalah dipertanggungjawabkan untuk merealisasi dan menjayakannya. Kejayaan sesuatu tema itu tersebut terletak dibahu kita semua samada yang memimpin dan yang dipimpin.
Kerana tema yang realistic disertkan dengan objektif yang ingin dicapi, kayu ukur yang boleh diukur, gerakerja yang berbentuk spesifik dan pantau yang berterusan. Semua ini dilakukan oleh para pimpinan dan hanya perlu faham dan membantu untuk mencapainya dalam aktiviti yang dianjurkan.
PPMS sesi 2011 ini tampil dengan satu tema yang sangat baik bagi membawa PPMS kepada 25 tahun kedua pertubuhan. “Membina kebersamaan menjana kesatuan” menjadi tema pilihan PPMS pada sesi ini. Tema yang dibentuk selepas menilai dan melihat semula 25 tahun pertama perjalanan PPMS pada sesi-sesi yang lalu. Tema yang dilhat sangat biasa tapi mengandungi matlamat besar yang ingin dicapai.
Secara peribadi penulis melihat tema yang dibentuk oleh PPMS ini membawa beberapa maksud:
Pertama: Ingin membina sesuatu yang sudah roboh dengan binaan ma`nawi dengan kukuh lagi utuh atau memperbaharui binaan yang masih belum utuh dan kukuh.
Kedua: Mengajak untuk bersama dalam semua tindakan dan gerakerja dalam organisasi. Memberikan perasaan yang sama kepada semua orang untuk merasai apa yang dirasai oleh PPMS dalam membawa PPMS buat masa akan datang.
Ketiga: Memperkasakan kekuatan dan semangat dalam gerakerja berpasukan.
Keempat: Membentuk pasukan atau teamwork yang kuat dalam membawa visi dan misi PPMS pada sesi ini. Menjadikan semua ahli berperanan sebagai pemain dalam semua lapangan mengikut kemampuan dan minat.
Membina sesuatu mestilah kerana ada Sesuatu yang runtuh atau ingin meroboh sesuatu yang sangat tidak disenangi dan membina dengan yang lebih baik. Kerana membina dan merobohkan sesuatu ini adalah salah satu dari ciri-ciri agama Islam yang sepuluh iaitu ‘Inqilabiyyah’.
Islam merobohkan kejahilan dengan membina keilmuan, kebatilan dengan kebenaran, kegelapan dengan cahaya. Begitu juga dengan tema PPMS ini. Apa yang menjadi persoalan di benak pemikiran penulis, apakah yang ingin dibina dan apakah yang ingin diroboh oleh PPMS?.
p/s: Penulis akan huraikan dengan lebih panjang lebar dalam siri kedua akan datang.