Archive
Kami Sudah Lama Bangun….
Akhawat adalah Cermin Bagi Syabab
Maaf terlebih dahulu penulis hulurkan. Penulis tidak pasti adakah ia suatu permasalahan yang sangat besar? Adakah ia boleh dibincangkan dalam blog ini? Dan adakah ia benar satu virus yang sudah disedari oleh sebahagian pihak demi untuk melihat kebaikan sebahagian pihak yang lain? Oleh itu penulis ingin memohon untuk disoal dan dibincangkan.
Perkara ini penulis perolehi dari sesorang pimpinan PPMS. Pada suatu hari ketika asyik berbual-bual dengan pimpinan ini. Dilontarkan kepada penulis satu soalan yang agak menarik bunyinya.
“hari tu ada akhawat merugutkat ana, diorang cakap, kami dah lama bangun dalam melaksanakan tugas-tugas PPMS”?.Lebih kurang beginilah kata-kata pimpinan ini.
“Hai, pelik jer bunyinya, tapi betul juga tu”. Respon penulis sekaligus menyokong dan membenarkan kata-kata akhawat tersebut.
“Macam mana dia boleh cakap macam tu”?. Soal penulis ingin mendapatkan kepastiaan
“Ana pun tak pastila sebab apa diorang cakap macam tu.. diorang cakap lagi syabab la kena bangun dalam membawa PPMS, syabab kena pandu PPMS, jangan dok harap kat akhawat jer..?. Jawab pimpinan ini dengan menambah lagi rugutan dari akhawat tersebut.
“erm….”.tergamam juga penulis mendengarnya. Dalam masa yang sama penulis sangat tertarik dengan rugutan akhawat tersebut. Seluruh perasaan sudah diserap perasan ingin tahu.
“Anta ada bag ikat diorang banyak keje ke? Sebab tu kot diorang merugut. Anta tak Tanya ka kenapa dia cakap macam tu?. Kata penulis ingin mendapatkan kepastian seterusnya ingin membela rungutan akhawat tersebut.
“Setahu ana tak pun, sebab semua tenaga dah dipantau oleh Unit TKM. Takkan ada lagi kot yang terkorban…”? jawab pimpinan ini dalam keadan kebingungan. Kebingungan yang terpancar di wajahnya. Wajah menunjukkan ingin mencari kenapa akhawat tersebut merugut sedemikian.
“Anta kena tengok balik la kalau macam tu, mungkin bagi nata tak, tapi mana tahu kot-kot kat exco lain”. Respon penulis dalam usaha memberikan jalan penyelesaian kepada pimpinan ini. Hakikat sebenarnya penulis sendiri tidak tahu kenapa rungutan ini perlu dirungutkan.
Perbualan ini berlalu sudah hamper seminggu, tetapi hati masih tertanya-tanya, perasaan mengelegak ingin mendapatkan kepastian, akal terus berfikir ingin tahu hakikat sebenar yang berlaku. Mana tahu ada kekuatan dan kemampuan bagi menyelesaikan rungutan ini.
Secara jujurnya, penulis tahu dan sedar partisipasi serta kemampuan syabab dan akhawat dalam member khidmat di PPMS sejak beberapa tahun kebelangan ini tidak seimbang dan tersusun. Kerana penulis berpengalaman setahun dalam PPMS.
Tahun lepas krisis TKM sangat kritikal kalau dibandingkan tahun ini banyak mahasiswa-wi menjadi korban dalam melaksanakan tugas, tetapi tidak pernah sampai ditelinga penulis rungutan yang sebegini tapi mungkin ada Cuma penulis sahaja tidak mengetauinya.
Sekiranya ada beberapa akhawat yang membaca artikel penulis ini, tidak menjadi keberatan kepada kalian, penulis berharap supaya member respon kepada penulis kenapa rungutan sedemikian dilontarkan. Mungkin tidak semua akhawat PPMS, hanya sebahagian sahaja, tetapi sebahagian inilah yang sebenarnya menjadi tulang belakang kepada PPMS.
Respon yang penulis minta ini, adalah bersifat jujur dan berani menceritakan hakikat sebenar yang berlaku dikalangan helwi. Penulis sedar penulis tidak ada autoriti untuk mengetahui perkara ini kerana ada lagi pihak yang paling bertanggungjawab tetapi sekadar ingin tahu dan kalau mampu dapat mejadi sebahagian individu bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Kemampuan untuk menyampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab dan kemampuan untuk member kesedaran kepada para syabab di bumi Syam ini. Kerana apa yang Syabab lihat tidak sama seperti yang akhawat lihat, begitulah sebaliknya. Syabab adalah cermin bagi ahkawat untuk melihat kelemahan diri, begitu juga akhawat adalah cermin kepada syabab untuk mengoreksi diri.
Permintaan ini penulis harap mendapat respon dari sebahagian akhawat, dan lebih baik sekiranya respon tersebut datang dari akhawat yang merugut tersebut. Permintaan yang bukan bersifat memaksa tetapi secara jujur dan kerelaan untuk berkongsi permasalahan yang berlaku.
Respon tersebut boleh disalurkan kepada penulis melalui:
- Email: mrawa_malaysia@yahoo.com
- YM: mrawa_malaysia
- Pada bahagian komentar dalam blog ini.
Tanpa perlu menyebutkan nama. Mungkin respon ini agak lambat dibalas kerana kita sudah memasuki gerbang imtihan, tidak menjadi masalah, ia mungkin boleh diberikan selepas imtihan dan mungkin tidak dibalas terus, `ala kullii hal, penulis mengucapkan terima kasih meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Moga ia ada manfaat kepada semua pihak. Khususnya sahabat-sahabat penulis.
Cuma nasihat penulis kepada akhawat, wujudka nindividu dikalangan akhawat yang berani tampil kehadapan dalam memberikan teguran, komentar, nasihat, pandangan, kritikan kepada sybaba khususnya dari sudut mentaliti, sikap dan persepsi. Ustazah Afiyah Abdul Kadir adalah antara individu mahasiswi yang menepati ciri-ciri ini dalam membangunkan mentaliti, sikap, dan persepsi mahasiswa. Tidak ada niat memuji, tetapi kagum dengan keberanian dalam memberikan pandangan.
LAKSANAKAN KONSEP INTEGRASI DAN SINERGI
Sekarang PPMS sudahberusia 25 tahun, cogankata PPMS sangat keramat “Berilmu Beramal Berisriqamah”, visi PPMS sangat besar “kearah Melahirkan Generasi Ulama Negarawan” misi PPMS sanagt berat iaitu menjana tarbiah dan kebajikan buat ahli keseluruhan. Ini bermakna perjalanan PPMS sangat jauh dalam dan masih jauh.
Bagi penulis jauhnya perjalanan PPMS ini tidak ada noktahnya, mungkin samapi ia dibubarkan mengikut perlembagaan atau mungkin hingga hancurnya bumi ini tanda kiamat sudah tiba. Cuma penulis mahu meletakan jangkamasa panjang kepada perjalanan PPMS ini kepada 25 tahun, kerana beberapa sebab:
- Bagi mencukupi umur PPMS 50 tahun, member makna PPMS sudah bergerak hampir setengah abad.
- Generasi awal sudah dapat merasai hasil yang mereka benihkan dan menikmati hasil yang mereka tinggalkan. Kerana kebiasaan umur sepanjang ini, manusia sudah mendapat apa yang mereka inginkan.
- Membawa PPMS keusia yang sangat matang dan sangat berpengalamn dalam dunia organisasi mahasiswa di timur tengah ini selepas PMRAM.
- Menyedarkan PPMS supaya berjalan mengikut arus dan reality semasa. visi, misi dan ojektif yang ingin dicapai bukan untuk 2,6,8, atau 10 tahun akan datang, tetapiuntuk 25 tahunkemudian.
- Dapat menjadikan 25 tahun kedua perjalanan PPMS ini sebagai kayu ukur untuk merencana dan merancang program pembangunan mahasiswa-wi, bagi mengeluarkan mahasiswa-mahasiswi yang mampu mengikut arus pada 25 tahun akan datang.
Oleh itu, PPMS perlu merangka plan cadangan bagi membawa bahtera PPMS menongkah arus ombak dan Bandai yang melanda. PPMS perlu sedar kekuatan PPMS ini terletak disetiap individu dari ahlinya.Dengan kekuatan dan sokongan dari ahli, ia dapat mengerakkan program pembangunan PPMS, menjana pendapatan PPMS, hubungan PPMS dengan semua pihak dan membawa nama PPMS di semua lapangan.
Ahli adalah sumber utama kepada PPMS. PPMS perlu mengambil berat soal untuk menguruskan sumber utama ini sebagai pemangkin buat PPMS masa datang.
PPMS mempunyai:
- Ahli yang sederhana ramai, bilangan yang sesuai bagi sebuah persatuan yang sederhana kecil
- Kepelbagaian latarbelakang ahli dan bidang pendidikan
- Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)
- Badan kebajikan Anak Sekolah, PPMS adalah satu-satunya persatuan timur tengah yang menpunyai badan ini.
- Tenaga luar yang boleh dirujuk iaitu Syukbah Thullabiah, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan Kedutaan Besar Malaysia ke Syria.
Semua ini adalah kekuatan bagi PPMS dalam membawa PPMS buat masa akan datang. Cuma yang menjadi persoalannya, bagaimana kita mahu mengekalkan kekuatan kita ini?, bagaimanakah kita mahu meningkatkan prestasi kekuatan PPMS ini, dan apa yang paling penting bagaimana membawa PPMS 25 tahun akan datang bersama ahli secara keseluruhannya?. Semua persoalan ini boleh dijawab oleh kita semua sebagai seorang ahli, tetapi apakah asas dan panduan dalam kerja buat da tindakan kita?.
Mungkinsetiaptahunparapimpinan PPMSbolehmerangkaobjektifdantema yang ingincapaisecaraspesifik, tetapipenulisinginmengemukancadanganuntuk PPMS jadikaniasebagaipanduandanasasdalambertindakdanmerancang.
Dalam mengekalkan dan meningkatkan kekuatan PPMS buat masa akan datang, dua konsep dibawah ini boleh dijadikan sebagai cara bagi menyusun dan merangka program dan aktiviti PPMS buat masa akan datang.
- Kosenp Integrasi: Digabungkan atau dipadukan dengan baik dan,
- Konsep Sinergi: Usaha sama antara individu dan organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara bersendirian.
Konsep Integrasi
Konsep Sinergi
Konsep integrasi dan sinergi boleh dipertimbangkan oleh PPMS. Konsep integrasi dan sigergi adalah sangat baik dan berkesan untuk digunakan oleh sesebuah organisasi yang berada dalam keadaan terdesak dan tidak stabil dari sudut sumber tenaga manusia dan sumber kewangan bagi mengerakkan persatuan. Dari lambakkan persatuan kecil, tenaga yang digunakan, lebih baik ia digabung dan disatukan, dari kebanyakkan sumber kewangan, lebih baik ia dipusat dan digunakan oleh semua pihak.
Sebagai contoh, kita mempunyai beberapa individu yang mahir dalam bidang pembikinan sesuatu majalah, maka kit asatukan mereka dalam satu wadah dan ia dapat menghasilkan hasil yang sangat luarbiasa dan berterusan. Tidak berlaku, setiap BKAN dan BKAS masing-masing mengeluarkan majalah, hasilnya kewangan membazir, ramai tenaga terkorban, tidak berterusan hanya setahun sekali sahaja, tidak semua ahli mendapat manfaatnya dan banyakkan lagi kelemahan yang disengajakan.
Kaedah mengunakan konsep ini:
Menyedari kelemahan dan kekurangan yang dihadapi dan berusaha untuk mengatasinya dengan apa cara sekalipun.
- Berusaha untuk mencari titik persamaan, tidak menjeling titik perbezaan.
- Tidak sama sekali menyentuh perkara yang menjadi sensitiviti sesetengah pihak.
- Bersikap terbuka dan jujur.
- Memikirkan untuk member dan mendapatkan kebaikan bagi semua pihak.
- Melihat masa depan bagi kesenangan dan kestabilan generasi yang datang
- Membantu bagi perkara yang disepakati, bertoleransi bagi perkara yang tidak dipersetujui. Kerana semua perkara yang baik itu ada hikmahnya walaupun hati kecil kita kita benci dan tidak suka.
Moga dengan konsep yang penulis cadangankan ini, ia akan menjadi panduan bagi semua pihak, demi untuk melihat kebaikan generasi mendatang dan survival PPMS.
Sebelum akhirnya, saya ingin berpesan kepada semua untuk terus menguatkan pengorbanan terhadap perjuangan persatuan di timur tengah yang kita dukungi ini dengan kata-kata hikmah dari Syed Qutb :
“Apabila kita hidup hanya untuk diri kita, maka kehidupan ini amat singkat. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita.Namun, sekiranya kita hidup untuk selain daripada diri kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya kehidupan akan menjadi panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia dari pada muka bumi ini.”
MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”. Vol 3
Tema “Membina Kebersamaan Menjana Kesatuan” bukanlah perkara yang sukar dicapai dan diperolehi. Tidak memerlukan tempoh yang panjang dan tidak memerlukan dana yang besar. Cukup dengan semua masyarakat mahasiswa dibumi Syam ini memberi nilai dan merasa keberadaan mereka di Syam dan kepentingan kewujudan PPMS. Konsep faham sangat penting pada ketika ini.
Mengakui PPMS sebagai tapak untuk menyelesaikan segala permasalahan ahli dan menjadikan PPMS sebgai medan untuk memperolehi keperluan asas dalam diri seorang mahasiswa yang berpelajaran dan berorganisasi.
Pembahagian mahasiswa-mahasiswi yang telah penulis bahagikan di atas bukanlah menjadi penghalang utama untuk semua para penuntut dan ahli PPMS mencapai kesepakatan dan tindakan dan pemikiran, cukup sekadar sebagai panduan kepada gerakerja organisasi bagi kita menerima hakikat keadaan mahasiswa-mahasiswi kita dibumi Syam.
Juga sebagai hakikat yang perlu kita terima akan kepelbagaian mahasiswa-mahasiswi dengan tindakn yang positif dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.
Setiap pihak perlu berusaha untuk memahami setiap individu yang berada dibumi syam ini, mahasiswa pertama perlu memahami keadaan mahasiswa yang kedua dan ketiga, pihak kedua perlu memahami keadaan pihak pertama dan ketiga dan pihak ketiga perlu memahami keadaan kedudukan pihak pertama dan kedua.Setiap pihak mempunyai sudut atau bahagian yang perlu dijaga dan dicapai. Kita bertanggungjawab untuk menjaga dan mencapai apa yang perlu dicapaikan dari setiap sudut keberadaan kita itu.
Kerana Sabda Nabi s.w.a:
أنتم شعرة من شغور الإسلام
“Kamu adalah satu bahagian dari bahagian-bahagian yang ada dalam Islam, maka peliharalah dari musuh mencerobohinya”.
Setiap lapangan Islam perlu diisi oleh umatnya sendiri.kita adalah satu komuniti dari umat ini. Kita bertanggunjawab untuk menjayakannya demi kestabilan perjalanan Islam buat masa akan.
Setiap bahagian mahasiswa-mahasiswi kita mempunyai kekuatan yang tersendiri.Mahasiswa bahagian pertama menpunyai kehebatan dari segi ilmu turath yang mantap, mahasiswa bahagian kedua mempunyai kemahiran yang hebat dari segi organisasi dan mahasiswa bahagian ketiga mempunyai kehebatan dalam meletakan diri dimana-mana sudut yang mereka inginkan.
Sekiranya ketiga-ketiga kekuatan ini dapat:
- Diintegrasikan: digabungkan atau dipadukan dengan baik dan,
- Disinergikan: usaha sama antara individu dan organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara bersendirian.
Cuba bayangkan kehebatan mahasiswa kita dibumi Syam ini.
Bentuk integrasi ini sangat mudah dilakukan oleh semua pihak, sekira semua pihak berusaha untuk memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh penulis boleh penulis kemukan bagi menjayakan integrasi ini:
Kehebatan mahasiswa pertama:
- Menjadi tenaga pengajar utama kepada mahasiswa-wi dibumi Syam ini bagi menyelesaikan masalah ahli dari sudut pembelajaran.
- Tempat rujukan PPMS dalam merungkai segala permasalah dari sudut agama khususnya sudut Fiqh dan aqidah.
- PPMS boleh memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk membawa Pusat kajian ilmiah PPMS seperti Manhal PMRAM sekiranya ia ingin diwujudkan buat masa akan datang.
Kehebatan mahasiswa kedua:
Kehebatan kedua ini tidak perlu rasanya untuk penulis jelaskan kepada para pembaca sekalian, kerana perkara ini sudah sangat diketahui oleh semua pihak, khuasunya para ahli PPMS.Apa yang penulis ingin tekankan disini adalah para pemimpin PPMS perlu hebat dan cekap dalam menyusun program mengikut kehendak ahli dan keadan mereka serta cekap menyusun tenaga kerja manusia yang akan bekerja dalam setiap program. Orientasi PPMS adalah kebajikan dan tarbiah, oleh itu PPMS betanggungjawab untuk memberi hak ini kepada semua ahli tanpa mengira siapa mereka.
Kehebatan pihak ketiga:
- Perlu memberikan partisipai yang sangat bagi kepada semua pihak, perlu berusaha untuk merapatkan pihak pertama dan pihak kedua.
- Membantu menjayakan segala perancangan bagi pihak pertama dan kedua dalam segala tindakan dan perancangan.
- Mengunakan semeksima mungkin kekuatan yang ada untuk membantu semua pihak.
Kenapa kita tidak pernah terfikir akan sirah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat Nabi dalam meletakan diri mereka dalam semua lapangan Islam.
- Abu Hurairah boleh kita ibaratkan sebagai golongan mahasiswa pertama, menjadi tempat rujuk bagi semua para sahabat, sehingga mendapat gelaran “Syeikhus Sohabah”.
- Umar Al-khattab boleh kita ibaratkan sebagai golongan mahasiswa kedua, mengepalai urusan ummah ini dari sudut kebajikan, ekonomi, ketentaraan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain sehingga mendapat gelaran “Amirul Mukminin”.
- Khalid Al-walid boleh kita ibaratkan sebagai golongan mahasiswa ketiga, masyhur dengan gelaran “Saifulislam” bagi ummah ini, membuka wilayah bagi memudahkan tugasan Abu Harairah menyampaikan ilmu kepada masyarakat, meluaskan pentadbiran Umar dalam misi mengeluarkan manusia dari kegelapan.
Rasanya tidak layak untuk penulis mengetogorikan para sahabat yang diredhi Allah ini, setiap mereka ini adalah manusia yang hebat di semua lapangan kerana meraka mendapat didikan dari Nabi, tetapi hanya untuk memahamkan kepada kita semua akan peripentingnya kehebatan-kehebatan ini digabungkan. Kerana ia akan menghasilkan satu keputusan yang luar biasa.
Kita mampu baggi menjayakan gabungan ini,bukankah umat ini perlu umat yang terbaik, kita wajib berusaha untuk mendapat title tersebut kerana ia adalah anugerah Allah kepada ummah ini. Semua kehabatan yang kita adalah adalah baik, bukankah menjadi lebih baik sekiranya ia diintegrasikan?kita perlu bersinergi dalam tindakan kita. Kita perlu ingat!!!, misi umat ini sangat besar dan perjalanan dakwah ini masih jauh, jadi berusahalah untuk menjayakan konsep integrasi dan sinergi ini dalam lapangan PPMS.
Apa yang paling penting, jangan kita lupa dan abaikan core sebenar kedatangan kita dibumi Syam ini. Kedatangan kita dibumi Syam ini adalah harapan dan amanah ummah.Ilmu turath yang yang kejap dan mantap menjadi priority utama untuk kita capai bagi memandu ummah kembali berpegang kepada acuan Islam yang sebenar.
Ilmu adalah teras dan asas bagi kita di sini, dengan ilmu ia dapat membezakan dengan mahasiswa-mahasiswi Islam di Malaysia dari segi pembawakan ilmu, keputusan yang dibuat, keyakinan dalam menyampaikan ilmu dan apa yang paling penting dapat menyelesaikan permasahalan ummah dengan efektif dan benar.
Ilmu turath yang mantap tidak dapat menjadi realiti bagi ummah ini dan tidak dapat memenuhi keperluan ummah sekiranya organisasi kita tinggal dan ketepikan dalam keberadaan kita dibumi Syam ini.Kerana organisasi adalah guru bagi kita mengenal tealiti perjalanan ummah.
Ilmu menjadi asas dalam menyediakan diri bagi memenuhi keperluan ummah ini, organisasi menjadi asas dan teras dalam membawa dan memandu ilmu mengikut reality ummah.
Kita bertanggungjawab untuk menjayakan semua visi dan misi ummah ini, oleh itu jangan abaikan satu bahagian dari bahagian dari agama ini.Kita perlu berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada dikalangan kita, menampal lubang-lubang yang terkoyak, menutup keaiban-keaiban yang sudah terpalit demi kemaslahatan kita bersama.
Berusahalah menjadikan PPMS satu persatuan yang dihormati oleh semua pihak dari sudut kemantapan ilmu ahli dan kecekapan ahlinya dalam berorganisasi. Berusahalah menjadi mahasiswa Syam yang menjadi harapan bagi menyelesaikan masalah ummah ini buat masa sekrang dan masa akan datang.
Moga artikel Menyingkap Tema “Membina Kebersamaan, Menjana Kesatuan” ini dapat menyingkap tirai realiti permasahalan mahasiswa bumi Syam dan kepentingan keberadan mereka disini.Memberi panduan untuk kita bergerak dan merancang.
mindamujahid 14/4/2011 khamis
Alhamdulillah…bersyukur kepada Allah kerena Telah memudahkan urusan penulis dan teman-teman ahli Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan PPMS sesi2011. Agak mencabar juga sebenarnya untuk membawa EGM kerana ia hanya menumpukan kepada pindaanperlembagaan. banyak hujah dan pendapat yang diterima. tahniah buat mahasiswa-wi PPMS. Antum dan antunna ada kehebatan dan kekuatannya tersendiri. Banyak penulis dapat dari EGM ini. Moga ia memberi manfaat kepada PPMS dan penulis secara peribadi.
Terima Kasih Khas buat sahabat-sahabat Ahli Jawatankuasa Penggubal:
- Ustaz Hairul Faizal Isa
- Ustaz Farid Faizul Othman
- Ustaz Hasan Husin
- Ustaz Luqmanulhakim Rezduan
- Ustaz Hazuanuddin Sofuan
- Ustazah Nurlina Abdullah
- Ustazah Siddiqah Abdul Majid
Terima kasih………Banyak yang penulis dapat dari kalian sebagai team dalam membuat draf perlembagaan PPMS yang baru ini. Antum mempunyai banyak sangat kelebihan. Moga kita semuamendapat ganjaran yang setimpal dariNya.
Muhammad Mujahid Mohd Mohtar
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penggubal PPMS sesi 2011
MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”. Vol 2
Selepas mengamatinya dengan baik dan melihat perjalanan sejarah keberadaan mahasiswa-mahasiswi dibumi Syam ini. Penulis mendapati beberapa perkara yang mungkin menjadi sebab kenapa tema ini menjadi pilihan pada sesi ini:
Pertama: Keadaan geografi yang tidak mungkin bumi Syam menerima lambakkan kedatangan mahasiswa/wi Malaysia untuk belajar dan mendalami ilmu seperti di Mesir dan Jordan.
Hakikat yang yang penulis lihat kenapa perkara ini berlaku adalah kerana:
- Keadaan pemerintah dan politik Syria dalam keadaan kurang stabil dan masih ditahap membangun. Ruang diplomasi yang agak tertutup . Terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati dari ancaman dan menerima pihak luar dalam Negara dan pemerintahan.
- Institusi pendidikan yang sangat sedikit, tidak maju, tidak sistematik dan tidak diktiraf oleh kerajaan pemerintah dan kerajaan Malaysia. Adalah sebab mahasiswa Malaysia tidak ghairah untuk datang belajar di sini.
- Sikap melihat sebelah mata oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap institusi dan sistem pengajian di Syria. Janji kosong untuk mengiktiraf, hanya untuk menyedapkan telinga mahasiswa sahaja.
- Hanya manusi pilihan sahaja yang layak untuk belajar dan menuntut dibumi Syam ini. Manusia yang mengharapkan keberkatan dan ilmu sahaja layak mendiami bumi ini, jadi setiap tempat yang terbaik itu, pasti sedikit manusia akan mendapat manfaatnya.
Kedua: Kepelbagaian latar belakang pendidikan mahasiswa/wi yang menuntut dibumi Syam ini dan kejumudan dalam berpersatuan serta mengetepikan kepentingan pengajian.
Ada penuntut yang datang dari sistem aliran pondok yang menjadikan bidang pengajian sebagai objektif utama kedatangannya, dari aliran sekolah menengah atau kolej yang mempunyai kecendurungan untuk menceburkan diri dalam bidang organisasi dalam masa yang sama ingin memantapkan diri dengan ilmu dan ada yang datang dari aliran separa sistem dari kedua-kedua sistem tadi.
Golongan pertama banyak menumpukan masa dan kehidupan mereka kepada pengajian dan talaqi di masjid dan rumah syeikh. Menjadikan persatuan untuk menyelasaikan urusan “rasmi” mereka sahaja. Kerana sistem yang mereka perolehi tidak didedahkan dengan istilah organisasi dan persatuan. Jadi Mungkin ada alasan mereka yang tersendiri.
Bukan tujuan penulis untuk menuding jari kearah mereka, Cuma hanya mahu ajukan soalan kenapakah tidak boleh mereka memberikan khidmat lain kepada persatuan? Kalau mereka tidak tahu untuk mengurus organisasi atau kewangan, adakah mereka juga tidak tahu untuk membuka kitab nahu matan Al jurumiah di PPMS untuk ahli PPMS yang masih banyak lagi jahil dengan ilmu alat ini?
Kalau ditanya kepada mereka: “kenapa anta tak join persatuan?”..
Akan dijawabnya “ana tak minat, ana tak pandai, dan paling berani lagi jawapan adalah “asyik persatuan jer, datang sini tujuan nak belajar bukan persatuan, kalau macam tu sampai bila nak pandai?…
Golongan kedua adalah kebanyakan yang memberi khidmat masa, wang, dan keringat kepada PPMS. Bak kata orang merekalah yang paling banyak berkhidmat kepada persatuan. Sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar kerana terlampau tumpu kepada PPMS. Kebanyakan mereka ini tidak diiktiraf dari sudut keilmuan dan kefaqihan tapi dari sudut oraganisasi dan persatuan merekalah tunjangnya.
Meraka kebiasaanya menjadi kordinator sesuatu program, dalam masa yang sama mereka adalah exco PPMS, ahli yang mengikuti program ppms, meraka yang bertanggungjawab atas urusan ahli dan lain-lain sehingga akademik mereka tergadai. Di university mereka mungkin cemerlang, hakikat untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu mungkin tidak secemerlang di dalam kelas.
Kalau ditanya kepada mereka, “kenapa anta-anti tumpu sangat persatuan ini, cukup-cukuplah..tumpu pengajian pula”.
Mereka akan atau pasti menjawab: “kalau ana tak buat urusan persatuan ini, sapa lagi yang akan buat? Nak harapkan orang lain…alamatnya dak da programla PPMS”.
Golongan terakhir adalah golongan yang dianggap sederhana dalam mengambil persatuan dan pengajian. Setengahnya ia boleh memberikan impak kepada persatuan kandang-kadand tidak. Terletak kepada mereka dalam menyusun penumpuan dalam kedua-dua bidang. Mereka sering dilihat di tempat-tempat program anjuran PPMS, dan mereka sering juga dilihat di tempat-tempat pengajian. Tapi golongan ini sangat sedikit dan terlalu sedikit.
Kebiasaan mereka mengabil persatuan untuk timba pengalaman baru, mahu bermasyarakat dengan ahli, mengambil thaqafah dan feadah dari PPMS. Jarang untuk menjadi kordinator kepada sesuatu program.
Ketiga: kepelbagaian ideologi pemikiran
Sejarah silam mahasiswa Syam sangat mencorak perjalanan generasi sekarang. Tetapi ia bukanlah menjadi ukuran mahasiswa Syam tidak bersatu dibawah PPMS. Generasi sekarang sudah tidak melihat kepelbagaian sekolah sebagai penghalang utama untuk bersatu dan bekerja di persatuan. Sikap Taasub dan Assobiyyah terhadap sekolah sudah berlalu seperti berlalu sejarah generasi yang terdahulu.
Pengajaran dari perjalanan generasi terdahulu perlu diambil perhatian supaya generasi baru ini tidak memikul bangkai hidup yang sama. Perkara ini bukan lagi menjadi permasalahannya, sekarang yang menjadi permasalahanya adalah sikap memberi komitmen kepada pemimpin persatuan, mereka melihat siapa yang menjadi pimpinan bagi sesuatu sesi tersebut sebagai asas untuk memberikan kerjasama dan kepatuhan
Ketiga-tiga perkara ini adalah menjadi faktor utama kenapa tema ini dipilih oleh PPMS pada sesi ini. Kerana kesemua perkara ini menghasilkan satu natijah yang sama dan saling membenarkan antara satu sama lain yang mengheret PPMS kepada masalah yang sangat meruncingkan iaitu TKM. Kekurangan tenaga kerja manusia dan tenaga kerja mahir dalam membawa bahtera PPMS.
Inilah rasanya yang ingin dibina oleh PPMS dalam pentadbiran pada sesi ini. Berusaha membina binaan manusia secara maknawi yang menyeluruh dari sudut mentaliti, persepsi, sikap dan sifat yang adalah dalam diri setiap ahli PPMS.
Tidak semua mentaliti, persepsi, sikap dan sifat manusia betul dan baik seperti mana yang dikehendaki oleh PPMS dan Islam. Kerana mentaliti, persepsi, sikap dan sifat adalah perkara yang maknawi, yang susah diukru dan dinilai, maka cara untuk mengubah juga perlu kepada perkara yang maknawi. Mahu membawa mentaliti, persepsi, sikap dan sifat mengikut acuan yang sebenarnya, PPMS sebagai pemandu dan perubahnya.
Bagi merungkai jalan penyelesaian kepada beberapa permasalahan diatas, penulis akan sambung pada bahagian kedua nanti.
Sambungan seterusnya pada bahagian kedua…tunggu