Archive

Archive for 04/04/2011

Alhamdulillah…bersyukur kepada Allah kerena Telah memudahkan urusan penulis dan teman-teman ahli Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan PPMS sesi2011. Agak mencabar juga sebenarnya untuk membawa EGM kerana ia hanya  menumpukan kepada pindaanperlembagaan. banyak hujah dan pendapat yang diterima. tahniah buat mahasiswa-wi PPMS. Antum dan antunna ada kehebatan dan kekuatannya tersendiri.  Banyak penulis dapat dari EGM ini. Moga ia memberi manfaat kepada PPMS dan penulis secara peribadi.

Terima Kasih Khas buat sahabat-sahabat Ahli Jawatankuasa Penggubal:

 

  1. Ustaz Hairul Faizal Isa
  2. Ustaz Farid Faizul Othman
  3. Ustaz Hasan Husin
  4. Ustaz Luqmanulhakim Rezduan
  5. Ustaz Hazuanuddin Sofuan
  6. Ustazah Nurlina Abdullah
  7. Ustazah Siddiqah Abdul Majid

Terima kasih………Banyak yang penulis dapat dari kalian sebagai team dalam membuat draf perlembagaan PPMS yang baru ini. Antum mempunyai banyak sangat kelebihan. Moga kita semuamendapat ganjaran yang setimpal dariNya.

 

Muhammad Mujahid Mohd Mohtar

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penggubal PPMS sesi 2011

Categories: TAFSIRAN MINDA

MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”. Vol 2

04/04/2011 1 comment


Siri kedua

Selepas mengamatinya dengan baik dan melihat perjalanan sejarah keberadaan mahasiswa-mahasiswi dibumi Syam ini. Penulis mendapati beberapa perkara yang mungkin menjadi sebab kenapa tema ini menjadi pilihan pada sesi ini:

Pertama: Keadaan geografi yang tidak mungkin bumi Syam menerima lambakkan kedatangan mahasiswa/wi Malaysia untuk belajar dan mendalami ilmu seperti di Mesir dan Jordan.

Hakikat yang yang penulis lihat kenapa perkara ini berlaku adalah kerana:

  • Keadaan pemerintah dan politik Syria dalam keadaan kurang stabil dan masih ditahap membangun. Ruang diplomasi yang agak tertutup . Terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati dari ancaman dan menerima pihak luar dalam Negara dan pemerintahan.
  • Institusi  pendidikan yang sangat sedikit, tidak maju, tidak sistematik dan tidak diktiraf oleh kerajaan pemerintah dan kerajaan Malaysia. Adalah sebab mahasiswa Malaysia tidak ghairah untuk datang belajar di sini.
  • Sikap melihat sebelah mata oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap institusi dan sistem pengajian di Syria. Janji kosong untuk mengiktiraf, hanya untuk menyedapkan telinga mahasiswa sahaja.
  • Hanya manusi pilihan sahaja yang layak untuk belajar dan menuntut dibumi Syam ini. Manusia yang mengharapkan keberkatan dan ilmu sahaja layak mendiami bumi ini, jadi setiap tempat yang terbaik itu, pasti sedikit manusia akan mendapat manfaatnya.

Kedua:  Kepelbagaian latar belakang pendidikan mahasiswa/wi yang menuntut dibumi Syam ini dan kejumudan dalam berpersatuan serta mengetepikan kepentingan pengajian.

Ada penuntut yang datang dari sistem aliran pondok yang menjadikan bidang pengajian sebagai objektif utama kedatangannya, dari aliran sekolah menengah atau kolej yang mempunyai kecendurungan untuk menceburkan diri dalam bidang organisasi dalam masa yang sama ingin memantapkan diri dengan ilmu dan ada yang datang dari aliran separa sistem dari kedua-kedua sistem tadi.

Golongan pertama banyak menumpukan masa dan kehidupan mereka kepada pengajian dan talaqi di masjid dan rumah syeikh. Menjadikan persatuan untuk menyelasaikan urusan “rasmi” mereka sahaja. Kerana sistem yang mereka perolehi tidak didedahkan dengan istilah organisasi dan persatuan. Jadi Mungkin ada alasan mereka yang tersendiri.

Bukan tujuan penulis untuk menuding jari kearah mereka, Cuma hanya mahu ajukan soalan kenapakah tidak boleh mereka memberikan khidmat lain kepada persatuan? Kalau mereka tidak tahu untuk mengurus organisasi atau kewangan, adakah mereka juga tidak tahu untuk membuka kitab nahu matan Al jurumiah di PPMS untuk ahli PPMS yang masih banyak lagi jahil dengan ilmu alat ini?

Kalau ditanya kepada mereka: “kenapa anta tak join persatuan?”..

Akan dijawabnya “ana tak minat, ana tak pandai, dan paling berani lagi jawapan adalah “asyik persatuan jer, datang sini tujuan nak belajar bukan persatuan, kalau macam tu sampai bila nak pandai?…

Golongan kedua adalah kebanyakan yang memberi khidmat masa, wang, dan keringat kepada PPMS. Bak kata orang merekalah yang paling banyak berkhidmat kepada persatuan. Sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar kerana terlampau tumpu kepada PPMS. Kebanyakan mereka ini tidak diiktiraf dari sudut keilmuan dan kefaqihan tapi dari sudut oraganisasi dan persatuan merekalah tunjangnya.

Meraka kebiasaanya menjadi kordinator sesuatu program, dalam masa yang sama mereka adalah exco PPMS, ahli yang mengikuti program ppms, meraka yang bertanggungjawab atas urusan ahli dan lain-lain sehingga akademik mereka tergadai. Di university mereka mungkin cemerlang, hakikat untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu mungkin tidak secemerlang di dalam kelas.

Kalau ditanya kepada mereka, “kenapa anta-anti tumpu sangat persatuan ini, cukup-cukuplah..tumpu pengajian pula”.

Mereka akan atau pasti menjawab: “kalau ana tak buat urusan persatuan ini, sapa lagi yang akan buat? Nak harapkan orang lain…alamatnya dak da programla PPMS”.

Golongan terakhir adalah golongan yang dianggap sederhana dalam mengambil persatuan dan pengajian. Setengahnya ia boleh memberikan impak kepada persatuan kandang-kadand tidak. Terletak kepada mereka dalam menyusun penumpuan dalam kedua-dua bidang. Mereka sering dilihat di tempat-tempat program anjuran PPMS, dan mereka sering juga dilihat di tempat-tempat pengajian. Tapi golongan ini sangat sedikit dan terlalu sedikit.

Kebiasaan mereka mengabil persatuan untuk timba pengalaman baru, mahu bermasyarakat dengan ahli, mengambil thaqafah dan feadah dari PPMS. Jarang untuk menjadi kordinator kepada sesuatu program.

Ketiga:  kepelbagaian ideologi pemikiran

Sejarah silam mahasiswa Syam sangat mencorak perjalanan generasi sekarang. Tetapi ia bukanlah menjadi ukuran mahasiswa Syam tidak bersatu dibawah PPMS. Generasi sekarang sudah tidak melihat kepelbagaian sekolah sebagai penghalang utama untuk bersatu dan bekerja di persatuan. Sikap Taasub dan Assobiyyah terhadap sekolah sudah berlalu seperti berlalu sejarah generasi yang terdahulu.

Pengajaran dari perjalanan generasi terdahulu perlu diambil perhatian supaya generasi baru ini tidak memikul bangkai hidup yang sama. Perkara ini bukan lagi menjadi permasalahannya, sekarang yang menjadi permasalahanya adalah sikap memberi komitmen kepada pemimpin persatuan, mereka melihat siapa yang menjadi pimpinan bagi sesuatu sesi tersebut sebagai asas untuk memberikan kerjasama dan kepatuhan

Ketiga-tiga perkara ini adalah menjadi faktor utama kenapa tema ini dipilih oleh PPMS pada sesi ini. Kerana kesemua perkara ini menghasilkan satu natijah yang sama dan saling membenarkan antara satu sama lain yang mengheret PPMS kepada masalah yang sangat meruncingkan iaitu TKM. Kekurangan tenaga kerja manusia dan tenaga kerja mahir dalam membawa bahtera PPMS.

Inilah rasanya yang ingin dibina oleh PPMS dalam pentadbiran pada sesi ini. Berusaha membina binaan manusia secara maknawi yang menyeluruh dari sudut mentaliti, persepsi, sikap dan sifat yang adalah dalam diri setiap ahli PPMS.

Tidak semua mentaliti, persepsi, sikap dan sifat manusia betul dan baik seperti mana yang dikehendaki oleh PPMS dan Islam. Kerana mentaliti, persepsi, sikap dan sifat adalah perkara yang maknawi, yang susah diukru dan dinilai, maka cara untuk mengubah juga perlu kepada perkara yang maknawi. Mahu membawa mentaliti, persepsi, sikap dan sifat mengikut acuan yang sebenarnya, PPMS sebagai pemandu dan perubahnya.

Bagi merungkai jalan penyelesaian kepada beberapa permasalahan diatas, penulis akan sambung pada bahagian kedua nanti.

Sambungan seterusnya pada bahagian kedua…tunggu

Categories: MINDA MUJAHID