Home > MINDA MUJAHID > MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”. Vol 3

MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”. Vol 3


Tema “Membina Kebersamaan Menjana Kesatuan” bukanlah perkara yang sukar dicapai dan diperolehi. Tidak memerlukan tempoh yang panjang dan tidak memerlukan dana yang besar. Cukup dengan semua masyarakat mahasiswa dibumi Syam ini memberi nilai dan merasa keberadaan mereka di Syam dan kepentingan kewujudan PPMS. Konsep faham sangat penting pada ketika ini.

Mengakui PPMS sebagai tapak untuk menyelesaikan segala permasalahan ahli dan menjadikan PPMS sebgai medan untuk memperolehi keperluan asas dalam diri seorang mahasiswa yang berpelajaran dan berorganisasi.

Pembahagian mahasiswa-mahasiswi yang telah penulis bahagikan di atas bukanlah menjadi penghalang utama untuk semua para penuntut dan ahli PPMS mencapai kesepakatan dan tindakan dan pemikiran, cukup sekadar sebagai panduan kepada gerakerja organisasi bagi kita menerima hakikat keadaan mahasiswa-mahasiswi kita dibumi Syam.

Juga sebagai hakikat yang perlu kita terima akan kepelbagaian mahasiswa-mahasiswi dengan tindakn yang positif dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

 Setiap pihak perlu berusaha untuk memahami setiap individu yang berada dibumi syam ini, mahasiswa pertama perlu memahami keadaan mahasiswa yang kedua dan ketiga, pihak kedua perlu memahami keadaan pihak pertama dan ketiga dan pihak ketiga perlu memahami keadaan kedudukan pihak pertama dan kedua.Setiap pihak mempunyai sudut atau bahagian yang perlu dijaga dan dicapai. Kita bertanggungjawab untuk menjaga dan mencapai apa yang perlu dicapaikan dari setiap sudut keberadaan kita itu.

Kerana Sabda Nabi s.w.a:

أنتم شعرة من شغور الإسلام

“Kamu adalah satu bahagian dari bahagian-bahagian yang ada dalam Islam, maka peliharalah dari musuh mencerobohinya”.

Setiap lapangan Islam perlu diisi oleh umatnya sendiri.kita adalah satu komuniti dari umat ini. Kita bertanggunjawab untuk menjayakannya demi kestabilan perjalanan Islam buat masa akan.

Setiap bahagian mahasiswa-mahasiswi kita mempunyai kekuatan yang tersendiri.Mahasiswa bahagian pertama menpunyai kehebatan dari segi ilmu turath yang mantap, mahasiswa bahagian kedua mempunyai kemahiran yang hebat dari segi organisasi dan mahasiswa bahagian ketiga mempunyai kehebatan dalam meletakan diri dimana-mana sudut yang mereka inginkan.

Sekiranya ketiga-ketiga kekuatan ini dapat:

  • Diintegrasikan: digabungkan atau dipadukan dengan baik dan,
  • Disinergikan: usaha sama antara individu dan organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara bersendirian.

Cuba bayangkan kehebatan mahasiswa kita dibumi Syam ini.

Bentuk integrasi ini sangat mudah dilakukan oleh semua pihak, sekira semua pihak berusaha untuk memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh penulis boleh penulis kemukan bagi menjayakan integrasi ini:

Kehebatan mahasiswa pertama:

  • Menjadi tenaga pengajar utama kepada mahasiswa-wi dibumi Syam ini bagi menyelesaikan masalah ahli dari sudut pembelajaran.
  • Tempat rujukan PPMS dalam merungkai segala permasalah dari sudut agama khususnya sudut Fiqh dan aqidah.
  • PPMS boleh memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk membawa Pusat kajian ilmiah PPMS seperti Manhal PMRAM sekiranya ia ingin diwujudkan buat masa akan datang.

Kehebatan mahasiswa kedua:

Kehebatan kedua ini tidak perlu rasanya untuk penulis jelaskan kepada para pembaca sekalian, kerana perkara ini sudah sangat diketahui oleh semua pihak, khuasunya para ahli PPMS.Apa yang penulis ingin tekankan disini adalah para pemimpin PPMS perlu hebat dan cekap dalam menyusun program mengikut kehendak ahli dan keadan mereka serta cekap menyusun tenaga kerja manusia yang akan bekerja dalam setiap program. Orientasi PPMS adalah kebajikan dan tarbiah, oleh itu PPMS betanggungjawab untuk memberi hak ini kepada semua ahli tanpa mengira siapa mereka.

Kehebatan pihak ketiga:

  • Perlu memberikan partisipai yang sangat bagi kepada semua pihak, perlu berusaha untuk merapatkan pihak pertama dan pihak kedua.
  • Membantu menjayakan segala perancangan bagi pihak pertama dan kedua dalam segala tindakan dan perancangan.
  • Mengunakan semeksima mungkin kekuatan yang ada untuk membantu semua pihak.

Kenapa kita tidak pernah terfikir akan sirah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat Nabi dalam meletakan diri mereka dalam semua lapangan Islam.

  • Abu Hurairah boleh kita ibaratkan sebagai golongan mahasiswa pertama, menjadi tempat rujuk bagi semua para sahabat, sehingga mendapat gelaran “Syeikhus Sohabah”.
  • Umar Al-khattab boleh kita ibaratkan sebagai golongan mahasiswa kedua, mengepalai urusan ummah ini dari sudut kebajikan, ekonomi, ketentaraan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain sehingga mendapat gelaran “Amirul Mukminin”.
  • Khalid Al-walid boleh kita ibaratkan sebagai golongan mahasiswa ketiga, masyhur dengan gelaran “Saifulislam” bagi ummah ini, membuka wilayah bagi memudahkan tugasan Abu Harairah menyampaikan ilmu kepada masyarakat, meluaskan pentadbiran Umar dalam misi mengeluarkan manusia dari kegelapan.

Rasanya tidak layak untuk penulis mengetogorikan para sahabat yang diredhi Allah ini, setiap mereka ini adalah manusia yang hebat di semua lapangan kerana meraka mendapat didikan dari Nabi, tetapi hanya untuk memahamkan kepada kita semua akan peripentingnya kehebatan-kehebatan ini digabungkan. Kerana ia akan menghasilkan satu keputusan yang luar biasa.

Kita mampu baggi menjayakan gabungan ini,bukankah umat ini perlu umat yang terbaik, kita wajib berusaha untuk mendapat title tersebut kerana ia adalah anugerah Allah kepada ummah ini. Semua kehabatan yang kita adalah adalah baik, bukankah menjadi lebih baik sekiranya ia diintegrasikan?kita perlu bersinergi dalam tindakan kita. Kita perlu ingat!!!, misi umat ini sangat besar dan perjalanan dakwah ini masih jauh, jadi berusahalah untuk menjayakan konsep integrasi dan sinergi ini dalam lapangan PPMS.

Apa yang paling penting, jangan kita lupa dan abaikan core sebenar kedatangan kita dibumi Syam ini. Kedatangan kita dibumi Syam ini adalah harapan dan amanah ummah.Ilmu turath yang yang kejap dan mantap menjadi priority utama untuk kita capai bagi memandu ummah kembali berpegang kepada acuan Islam yang sebenar.

Ilmu adalah teras dan asas bagi kita di sini, dengan ilmu ia dapat membezakan dengan mahasiswa-mahasiswi Islam di Malaysia dari segi pembawakan ilmu, keputusan yang dibuat, keyakinan dalam menyampaikan ilmu dan apa yang paling penting dapat menyelesaikan permasahalan ummah dengan efektif dan benar.

Ilmu turath yang mantap tidak dapat menjadi realiti bagi ummah ini dan tidak dapat memenuhi keperluan ummah sekiranya organisasi kita tinggal dan ketepikan dalam keberadaan kita dibumi Syam ini.Kerana organisasi adalah guru bagi kita mengenal tealiti perjalanan ummah.

Ilmu menjadi asas dalam menyediakan diri bagi memenuhi keperluan ummah ini, organisasi menjadi asas dan teras dalam membawa dan memandu ilmu mengikut reality ummah.

Kita bertanggungjawab untuk menjayakan semua visi dan misi ummah ini, oleh itu jangan abaikan satu bahagian dari bahagian dari agama ini.Kita perlu berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada dikalangan kita, menampal lubang-lubang yang terkoyak, menutup keaiban-keaiban yang sudah terpalit demi kemaslahatan kita bersama.

Berusahalah menjadikan PPMS satu persatuan yang dihormati oleh semua pihak dari sudut kemantapan ilmu ahli dan kecekapan ahlinya dalam berorganisasi. Berusahalah menjadi mahasiswa Syam yang menjadi harapan bagi menyelesaikan masalah ummah ini buat masa sekrang dan masa akan datang.

Moga artikel Menyingkap Tema “Membina Kebersamaan, Menjana Kesatuan” ini dapat menyingkap tirai realiti permasahalan mahasiswa bumi Syam dan kepentingan keberadan mereka disini.Memberi panduan untuk kita bergerak dan merancang.

mindamujahid 14/4/2011 khamis

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: