Archive

Archive for June, 2011

kaki sudah berpijak di tanah airku……

17/06/2011 2 comments

Salam perjuangan kepada semua sahabat yang dikasihi dan salam “membangun kerajaan berkebajikan” moga semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah penulis persembahkan kepada sang maha pencipta, tiada lafaz yang paling agong untuk penulis ucapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhitung dan terhingga atas nikmat pemberiaannya.

Selawat dan salam atas junjungan besar kekasih Allah Muhmmad Bin Abdullah, kerana dengan perjuangannya aku dapat merasa manisnya perjuangan ini dan manisnya nikmat iman dan Islam.

Hari ini 17 JUN 2011M bersamaan 15 ReJSAB 1432H, hari yang penuh bermakna buat penulis, sudah hampir sebulan lebih, 43 hari penulis sudah berada di tanah air tercinta, selepas hampir lima tahun penulis meniggalkannya…..

Sejak penulis menjejakkan kaki di bumi Malaysia, terlallu banyak yang penulis sudah lalui dan akan lalui buat peghujungnya….banyak peristiwa yang penulis lalui selama hampir 43hari penulis berada di Malaysia ini, penulis cuba senaraikan buat tatapan para pengunjung blog ini sebagai perkongsian untuk kita bersama dalam masa yang sama ingin membunag sesawang yang sudah hampir dua bulan penulis tidak membuangnya

Dapat bertemu dengan Ahli PAS di Labuhan Dagang, Sepang. bermalam dan berprogram bersama mereka. semangat juang mereak sangat tinggi dan hebat. penulis tumpang ambil semangat.

ilmu teruji dengan panggilan masyarakat di sekitar Sungai Petani, memenuhi jemputan di Masjid, Surau dan markaz Pas….Alhamdulillah….hasil yang penulis dapat dari peluang dan ruang yang diberikan…masih banyk kelompangan dan kelemahan yang penulis hadapi dan rasai

Dapat menyertai lawatan bersama Pusat khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul. Dewan Rakyat dan Dewan Negara sudah menjadi impian penulis untuk penulis jejaki bukan sekadar itu sahaja, apa yang paling penting dapat masuk  ke dalam dewan rakyat dengan tujuan untuk mengubal perlembagaan buat masa akan datang insyaAllah……tetapi disebalik lawatan ini..timbul kontriversi bagi sahabat-sahabat penuli di bumi Syam…..mudah-mudahan mereka faham dan tidak menimbulkan fitnah kepada penulis.

Dan paling membahagiakan penulis, cita-cita yang sudah lama terpemdanm untuk dibuat dan dilaksanakan adalah tercapainya cita-cita dan impian penulis untuk memiliki semua syarikat konsaltant motivasi sendiri. alhamdulillah…..teriama kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan konsaltant ini….doakan atas kejayaan penulis dalam membawa syarikat ini buat masa akan datang.

InsyaAllah buat masa terdekat ini, penulis akan berkongsi bersama dengan para pembaca berkaitan syarikat mitivasi ini. mudah-mudahan ada manfaat yang sangat besar kepada kita semua

sekadar itu sahaja coretan penulis buat masa ini….umur panjang, diberikan mood untuk penulis, kita akan berjumpa lagi….salam perjuangan buat semua

MUHAMMAD  MUJAHID BIN MOHD MOHTAR

Advertisements
Categories: MINDA MUJAHID