Archive
KITA ADALAH JENTERA UTAMA…vol.2
Berusaha Terjunkan diri dalam lapangan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya
Salam Damascus…..
Buat semua sahabat yang balik ke Malaysia melalui kebaikan subsidi kerajan Malaysia dari trip 1 hingga 3. Moga kalian berada dalam keadaan dirahmati dan diberkati Allah.
Sudah hampir semua kita menghabiskan masa bersama dengan keluarga yang dikasihi dan cintai…pelbagai perkara yang kita raikan. Semua itu adalah nimat Allah pada kita sebagai hambanya.
Sekarang kita sudah dan mula merasai bahang PRU-13, samada tahun 2011 ayau 2012, apa yang penting adalah persiapan kita dalam berhadapan dengan semua perkara yang mendatang. HIMPUN adalah salah satu simbolik pelbagai isu yang berlaku dalam negara malaysia yang kita sayangi ini, ia sudah cukup memberikan gambaran kepda kita semua bagaimana meletakan diri kita dalam lapangan dakwah dan tarbiah.
Penulis tahu, kebanyakan sahabat yang pulang ini adalah hanya bercuti dan tidak berhajat untuk mencari kerja jauh untuk terjun dalam medan dakwah khususnya dalam soal parti politik. Tetapi nasihat penulis, berusahalah untuk mencari pengalaman bekerja dan berdakwah semasa kepulangan kita ini, kerana dengan meletakan diri kita dalam lapangan masyarakt ini, kita akan dapat mengenal pasti dimana kelemahan dan kekuatan diri kita yang sebenar.
Kita tidak akan dapat mengetahui realiti kelemahan dan kekuatan kita melainkan kita terjun dalam lapangan dakwah dan tarbiah mengikut kemampuan dan kehendak kita. Sekiranya kita tidak dapat mengenal pasti kedudukan dan keadaan kita, kita adalah manusia yang gagal untuk membangunkan potensi diri buat keperluan ummah ini masa akan datang. Mereka yang kenal kelemahan dan kekuatan diri sahaja yang dapat membangunkan masyarakat mengikut keperluan dan kemahuan mereka. Bagaimana kita mahu mengetahui kelemahan dan kekuatan diri kalau kita tikda terjun dalam medan realiti masyarakat?
Kepulangan kita tidak dianggap oleh masyarakat sebagai masa bercuti atau pulang dari terjebak dalam kebangkitan umat Islam Syria seperti tanggapan kita dan para keluarga kita, tetapi mereka beranggapan kepulangan kita adalah untuk membimbing dan memimpin mereka dalam apa jua lapangan keIslaman.
Itu hanya anggapan masyarakat, tetapi untuk memenuhi anggapan baik masyarakat tersebut kita perlu turun sendiri melalui pelbagai cara dan keadaan, masyarakat tidak akan menghantar surat rasmi untuk menjemput kita bagi memenuhi setiap program yang mereka anjurkan jauh sekali dihamparkan kepada kita permaidani merah. Tidak mudah untuk terjun dalam lapangan sebenar tetapi perlu kita usaha kearah itu
Dalam tempoh percutian kita ini, kita terjun dalam lapangan masyarakat, kita pasti akan mengetahui dengan tepat mana kelemahan dan kekuatan kita, kemudian kita berusaha untuk perbaiki bila kita pulang ke Syria semula kelak. Itulah cara yang terbaik bagi melengkapkan diri kita sebagai keperluan masyarakat dikemudian hari. Mengajar dan belajar mesti berjalan serentak.
Sempena musim cuti sekolah yang akan datang, gunalah tenaga dan pengalaman kita untuk mengadakan program-program pembangunan modal Insan dan masyarakat. pelbagai program boleh dianjur bersama dengan pelbagai pihak dan agensi. terletak kepada kemahuan kita dan keperluan masyarakat sahaja
Kepada mereka yang tidak mampu untuk menganjurkan apa-apa aktiviti dan program, berusahalah untuk mengikuti setiap program yang diajurkan oleh pelbagai pihak penganjur diperingkat kawasan, negeri dan negara.
Apa yang paling penting jangan habiskan masa kita dengan hanya “enjoy” bersama teman-teman tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa hasil dalam diri kita dan masyarakat.
Selamat bercuti dengan aktiviti dan program yang dianjurkan
Tak Dapat Apa Yang Diharap
22 0ktober 2011 yang lalu penulis menghadiri Seminar Persidangan ICT dan Media Baru (IMB) di Kuizm Taman Melewar..banyak benda yang penulis harap dapat diperolehi dari menghadirkan diri ke seminar tersebut………..tetapi selepas sehari suntuk berada di situ….banyak perkara yang penulis lihat yang boleh penulis rasakan tidak mendapat banyak perkara dan seperti yang diharapkan.
Sewaktu rehat tengahari, apa yang penulis rasakan bukan penulis sendiri sahaja, tetapi kebanyakan peserta berasa kekecewaan dari pengisian program yang dianjurkan. kebanyakan para peserta mengharapkan pihak penganjur dapat menyediakan guideline yang terbaik yang boleh digunakan untuk menghadapi PRU-13 nanti. Tetapi apa yang diperolehi adalah hanya 4 perbentangan kertas kerja dan satu diskusi, yang semua perkara itu sudah ramai diketahui dan jelas
Penulis bukanlah orang yang sangat tahu berkaitan dengan ICT dan medai baru ini, tetapi penulis dapat merasakannya dari para peserta yang hadir. ada diantara peserta yang hadir tersebut mereka dari Lajnah ICT negeri dan kawasan, yang kehadiran mereka itu dengan kelengkapan yang cukup sempurna dan lengkap dari sekecil-kecil alat komunikasi hingga Kamera rakaman. Semua itu adalah untuk memudahkan mereka untuk mendapat semaksimum mungkin pengisian pada hari itu
Penulis tidak tahu dengan jelas apa sebenarnya yang dihendaki oleh pihak penganjur dari kehadiran para peserta yang datang dari pelusuk negeri sehingga tidak sanggup untuk tidak menghadiri HIMPUN hanya semata-mata untuk memberikan sokongan dalam seminar ini.
Sekiranya pihak penganjur hanya ingin berkongsi maklumat dan pengalaman, sudah cukup rasanya ia hanya dipaparkan dalam laman sosial masing-masing dari pihak penganjur, tetapi yang palning dihendaki oleh para peserta adalah apa yang perlu dibawa balik dan dilakukan diperingkat negeri, kawasan dan cawangan. Pihak penganjur perlu bekal bahan mentah kepada para peserta untuk dibawa pulang dari sudut buku panduan dan lain-lain
Penulis bukan seorang yang banyak komen tetapi banyak buat kerja terus…mengharapkan setiap program yang dianjurkan mendapat manfaat bagui semua pihak dengan manfaat yang cukup maksimum bersesuaian dengan program yang dianjurkan dan kehadiran peserta yang datang.
Apa pun, penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak ICT Pas Pusat atas penganjuran seminar tersebut…semoga apa yang dibuat akan menjadi amal jariah di dunia akhirat