Archive
WikiIslam – Ensiklopedia Memusuhi Islam
Islam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus buruk dengan pelbagai sterotype yang telah di pamerkan oleh mereka. Di kalangan kaum Muslimin mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang laman ini http://www.WikiIslam.com yang mengandungi content penuh dengan penipuan dan pemalsuan terhadap ajaran dan sejarah Islam yang menjadi salah satu sumber rujukan umum terutamanya mereka yang selesa berbahasa Inggeris.
WikiIslam mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Ia berasal daripada seorang yang murtad daripada Islam berasal dari Iran yang tidak taat kepada Allah dan Rasul dan menetap di Kanada. Pendiri laman ini berakar umbi daripada Faith Freedom International pada September 2006 yang mengklaim diri mereka sebagai pergerakan ex-Muslim yang kuatir terhadap peningkatan ancaman Islam terhadap dunia.
Ternyata laman ini di dalangi oleh kaum kuffar yang bencikan Islam kerana nyata tertulis dalam laman FAQ WikiIslam ini laman in bertujuan untuk membantu Muslim meninggalkan Islam dengan menyediakan maklumat yang tidak benar terhadap Islam. Read more…
ISLAM JUGA ADA PRINSIP DAN HAKNYA…- Dr Wahbah az-Zuhaily
Bukan penulis yang menemuramah,..gambar ini penulis bersama teman seperjuangan Ust Zulhelmi At-takiri ( blogger attakiri.blogspot.com). ketika menemani beliau menziarahi Syeikh Dr Wahbah Zuhaily sebulan yang lalu
Dr. Wahbah Al-Zuhaily, salah seorang ulama’ besar kotemporari Damsiyq dan dunia Islam telah ditemubual oleh wartawan Itqan berkenaan perkembangan agama dan politik Islam di Malaysia. Ikuti wawancara ekslusif berikut… (wawancara ini telah disiarkan dalam majalah Itqan PPMS edisi 33 yang bertajuk Siasah Syar`iyyah: Tuntutan dan perlaksaannya.). Penulis postingkan buat tatapan ahli gerakan Islam dan sidang pembaca yang budiman.
Itqan : Selepas kejayaan gerakan Islam di Malaysia, ianya telah mengorak langkah untuk bergabung dengan gerakan bukan Islam. Gerakan ini mewakili suku kaum yang pelbagai. Gerakan Islam ini masih belum mampu untuk memimpin seluruh negeri di Malaysia melainkan dengan mendapatkan sokongan daripada gerakan bukan Islam yang lain. Masyarakat Islam di Malaysia mendesak supaya hukum-hakam Islam ditegakkan secara drastik, dalam masa yang sama gerakan lain tidak bersependapat dengan desakan tersebut. Justeru, bagaimanakah metod terbaik bagi gerakan Islam tersebut mengatasi masalah ini?
Dr. Wahbah al-Zuhaily :Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…Amma ba’d;
Sesungguhnya percampuran suku kaum di Malaysia dan juga di negara-negara lain yang majoritinya orang Islam memerlukan kepada satu uslub hikmah dalam berpolitik. Antaranya adalah dengan tidak menyekat non-muslim bebas dari melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka. Namun, di sana terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi bersama. Contohnya, peraturan-peraturan sivil, undang-undang jenayah dan undang-undang yang bersangkutan dengan perlembagaan negara. Maka, apabila dikatakan tidak menghalang non-muslim bebas dari melakukan aktiviti-aktiviti mereka bukanlah bermakna kita menggadai prinsip-prinsip asal kita yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
Oleh itu, pelaksanaan perkara-perkara tersebut adalah termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum syariat, undang-undang, ketamadunan etika atau akhlak serta keagamaan ini dianggap suatu konteks terpenting yang mana undang-undang Malaysia sememangnya tidak terlepas daripadanya.
Itqan : Oleh itu, apakah prinsip-prinsip asas yang perlu ada pada gerakan Islam tersebut jika mendapat tentangan daripada gerakan-gerakan lain?
Apabila Imtihan Menjelma Lagi
Sumber asal: www/e-ppms.org
Bismillahirrahmanirrahim,
Menyorot kembali sejarah ulama-ulama terdahulu, bagaimana cara mereka dalam menuntut ilmu menyebabkan kita merasa betapa jauh jarak yang membezakan antara cara kita dan cara mereka. Kita yang telah dihidangkan berbagai-bagai kemudahan, namun masih melutut di takuk yang sama. Ulama terdahulu sanggup merentasi negara dan benua dalam usaha mencari sepotong hadis. Betapa hebatnya kehendak mereka dalam mencari ilmu pengetahuan bak kuku dan isi, tidak boleh dipisahkan.
Menjelang musim imtihan yang akan tiba tidak lama lagi, suka penulis menyentuh mengenainya. Penulis rasa ramai yang sudah memperhebatkan usaha-usaha bagi mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan oleh semua pelajar. Dari kelas khususi hingga ke meja study, semuanya rancak berjalan. Seronok kitab-kitab kerana sudah tidak berhabuk lagi setelah lama menyepi.
Apa yang paling penting dalam diri kita semua ialah kefahaman mengenai perlunya kita mengambil sebab untuk berjaya. Ada orang kata, “bace banyak-banyak pun buat ape, kalau Allah tak bagi lulus tak lulus juga”. Jika ada yang berfikir sebegini ianya adalah satu kesilapan yang besar. Allah swt sendiri telah menyarankan supaya kita mengambil sebab dalam apa jua keadaan sekalipun. Penulis teringat sebuah kata-kata yang masyhur daripada saidina umar: ”Ya, kita melarikan diri dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah yang lain”
Ada juga orang berkata “Bila nak dekat imtihan baru nak tingkatkan usaha, nampak cam tak ikhlas dengan ilmu, lebih baik buat cam biase”. Betulkah kata-kata ini? Dari satu sudut mungkin nampak betul tetapi dari sudut yang lain ianya salah. perkara pertama yang kita perlu fahami ialah imtihan ini adalah salah satu dari pembelajaran. Jadi apa salahnya kita membaca kitab untuk imtihan kerana imtihan tidak berbeza dengan cara pembelajaran yang lain. Yang salah, sekiranya sebelum imtihan langsung tidak membaca buku, bila tiba imtihan baru mula kelam-kabut. Kita telah memilih cara belajar yang perlu menghadapi imtihan, jadi masuk akallah sekiranya apabila imtihan semakin hampir, kita tingkatkan usaha semaksimum yang mungkin.
Bak kata pepatah ”Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”, ianya amat bertepatan dengan keadaan tika ini. Jika yang mahu mencapai kecemerlangan, seribu satu usaha sedang dilakukan. Namun bagi yang sebaliknya masih leka dibuai mimpi indah bersama sang bidadari, Bila ditanya, seribu satu alasan dan dalih diberikan. Terkadang penulis perhatikan, apabila semakin banyak ilmu seseorang dia akan semakin pandai beralasan.entahlah…
Ramai di kalangan kita yang sudah mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi peperiksaan. Dari petua Dr. Fadhilah kamsah hingga ke H.M Tuah Iskandar, semuanya sudah bersedia. Namun, dalam kita bersiap secara zahirnya jangan kita lupakan persiapan rohani. Marilah kita lebih mendekatkan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Diri kita, syeikh hingga imtihan semuanya dia yang ciptakan. Maka untuk kita mendapatkan kecemerlangan di dalam imtihan, perkara pertama yang kita patut lakukan ialah menguatkan keyakinan kita terhadap Allah swt dengan ibadat-ibadat yang telah disyariatkan. Biarlah petua dari motivator yang terhebat sekalipun, jika diri kita berjauhan dengan Allah swt, sukar untuk kita mendapatkannya.
“Seorang Dalam Seribu”..Mantan Presiden PPMS 2009
Mindamujahid bersama Dato Duta Malaysia Ke Syria Dato Ibrahim dan Ust Hairul Faizal, Mantan Presiden PPMS 2009 pada majlis pperpisahan bersama beliau. kata ust Hairul ” bukan senang nak dapat duta yang macam ni, seorang dalam seribu.
Itulah kalimah yang terpacul dari mulut beliau selepas penulis bertanyakan pandangannya berkenaan keperibadian Dato Duta khususnya muamalatnya bersama mahasiswa Syria dan PPMS. Beliau lebih mengenali dan memahami Dato Duta kerana sudah 2 tahun berturut-berturut bekerja bersama Dato Duta.
Susah Sebenarnya mendapatkan seorang Duta yang sebeni sifat dan sikap ketika berhubungan sesama pelajar. sekarang kita menanti Duta yang baru. Penantian penuh Pengharapan
Kolokium Ilmuan Generasi Syam `10 ( KONGRES `10 )
Pihak Ajk Perlaksana dan PPMS menjemput semua mahasiswa dan Mahasiswi di Bumi Syam untuk menghadiri Kolokium Ilmuan Generasi Syam `10 ( KONGRES `10 )
Moga di sana kita akan mendapat manfaat yang terbaik buat diri, negara, agama, nusa dan bangsa.
SELAMAT BERKOLOKIUM DAN BERMOTIVASI
DARI KAMI EXCO PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA SYRIA
TERIMA KASIH DAN UCAPAN TAHNIAH
Moga Kita Semua Mendapat Manfaat Darinya
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. al-Kahfi:109
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala yang telah menciptakan diri yang kerdil ini dan makhluk Mu yang lain. Terima kasih ya Allah, kerana memberi peluang kepada penulis untuk terjun ke dalam dunia penulis dengan lebih serius dan dan efektif. Moga apa yang penulis usaha dan kerjakan ini akan di pandang oleh Mu ya Allah sebagai bekalan yang sedikit untuk melayakkan diriku meneguk Air ditelaga Khausar kekasih-Mu. Read more…
KITA PPMS, PPMS KITA: MISI YANG MASIH KABUR
“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.” SURAH ALI IMRAN: 159
“KITA PPMS, PPMS KITA” adalah satu tema yang telah di amanahkan oleh Timbalan Presiden dan Timbalan Ketua Helwi untuk menjayakannya. Secara umumnya, Ia adalah bertujuan untuk mendekatkan ahli yang jauh dari ppms supaya terlibat dan menyertai PPMS secara langsung atau tidak lansung dengan aktiviti dan program PPMS. Antara tujuan lain selain dari tujuan di atas adalah:
- Menanam rasa kebersamaan dan kerjasama ahli dalam menggerakkan misi, visi serta halatuju PPMS pada tahun ini iaitu “PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN”
- Memanfaat dan memperkasakan institusi BKAN sebagai persatuan yang bernaung di bawah PPMS dalam setiap majlis yang dianjurkan. Hingga ahli merasakan PPMS itu adalah BKAN dan BKAN itu adalah PPMS.
- Mencari dan mengali di setiap pelusuk kota Syam, ahli PPMS yang masih jauh dengan PPMS dan BKAN dan berusaha untuk mendekati mereka.
- Berusaha untuk menghilangkan segala mind set dan persepsi negatif ahli kepada PPMS dari segala kefahaman yang salah dan bercelaru.
- Mengwujudkan suasana persaudaraan sesama muslim
Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berdo’a dan mengharapkan agar apa yang telah dirancang diberkati oleh Allah S.W.T dengan dipermudahkan segala gerak kerja kita. Sesungguhnya Allah sahajalah yang sebaik-baik perancangan. Kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan, semoga segala usaha yang bakal dicurahkan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah. InsyaAllah
Sekretariat BKAN dan Sistem Mas`ul 2010
PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN
TIMBALAN PRESIDEN / TIMBALAN KETUA HELWI PPMS 2010
(Sekretariat BKAN dan Sistem Mas`ul)
STRUKTUR ORGANISASI:
KETUA: Ust Muhammad Mujahid Mohd Mohtar
TIMBALAN KETUA: Ustz Nur Siddiqah Abd Majid
AHLI JAWATANKUASA: Ust Yusof Abd Hamid
Ustz Nur Syuhada Nordin
Ustz Rabaah Adawiyah Ahmad@Yunus
Semua YDP/PAH BKAN
Semua Penasihat dan Mas`ul
TEMA:
” Kita PPMS, PPMS Kita” Read more…
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DARI PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA DAN BANGSA DI MALAYSIA
Olahan dan sisipan pandang tentang isu ini dari mindamujahid
Pendahuluan
Allah (Allaahu) ( الله ) adalah kata dalam bahasa arab yang merujuk pada “tuhan“. Kata ini lebih banyak dikenal sebagai sebutan tuhan oleh penganut agama Islam. Kata ini sendiri dikalangan para penutur bahasa arab, adalah kata yang umum untuk menyebut tuhan, terlepas dari agama mereka, termasuk penganut Yahudi dan Kristen arab. Konsekuensinya, kata ini digunakan dalam terjemahan kitab suci agama Kristen dan Yahudi yang berbahasa arab, sebagaimana pula terjemahan Al-kitab dalah bahasa Indonesia dan Turki.
Nama Allah
Berdasarkan keterangan : Allaahu ismun li dzaatil wajibul wujuud artinya : Allah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang pasti ada keberadaannya (eksistensi). Jadi jelaslah Allah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang wajib untuk dilayani dengan sebenar-benarnya, karena berdasarkan keterangan
Allaahu ismun li dzaati ma’budi bi haqq artinya : Allaah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang wajib dilayani (ma’budi) dengan sebenar-benarnya pelayanan (ibadah).
Allah Dalam Islam
Dalam Islam, Allah adalah satu-satunya tuhan (tanpa sekutu) 112:1, sang pencipta, tuhan dari Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yakub, sebagaimana juga tuhan dari Musa, Dawud, Sulaiman, Isa dan Muhammad (semoga rahmat dan shalawat dilimpahkan kepada mereka semua).
Menurut F.E. Peters, ” Al Qur’an menyatakan 29:46, Muslim memercayai, dan sejarawan menyetujui, bahwa Muhammad dan pengikutnya menyembah tuhan yang sama dengan yang disembah Yahudi”. Allah-nya Al Qur’an adalah tuhan sang pencipta yang ada dalam kisah Ibrahim. Peters mengatakan bahwa Al Qur’an menggambarkan Allah lebih berkuasa dan jauh dibandingkan dengan Yahweh, dan juga merupakan tuhan universal, tidak seperti Yahweh yang lebih dekat dengan bangsa Israel. Read more…
MENUJU MEMORI PPMS…..MeMbeRPPMS 2010
KEPADA SEMUA AHLI PPMS, ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI PROMRAM ANJURAN PPMS YANG JULUNG-JULUNG KALI DI ADAKAN INI. MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
PADA: 2 JANUARI 2010
HARI SABTU
PUKUL: 8.00 PAGI-7.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN NIQABAH MUALLIMIN, JAMIAH DIMASQH
KEHADIRAN ANDA, ADALAH BERMAKNA ANDA BERSAMA PPMS
“KITA PPMS, PPMS KITA”