Archive
BUAT RENUNGAN EXCO PPMS DAN BKAN 2010/2011
“KITA DIPILIH UNTUK MENUNAIKAN AMANAH”- YB MENTERI BESAR
Sangat menarik dan nasihat yang sangat berguna yang di lontarkan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman ini. menunjukkan beliau seorang yang bertanggungjawab dan beramanah. Penulis postingkan di sini buat tatapan untuk diri ini dan kepada semua mereka yang terpilih dalam AGM PPMS yang lalu dan kepada bakal-bakal YDP serta exco-exco BKAN yang sekarang menjalani AGM di peringatkan negeri masing-masing
ALOR SETAR – Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan sesebuah masyarakat, namun dalam Islam amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga.
“Selagi masa ada pada kita dan kita diberikan amanah untuk menjalankan tugas walaupun tempoh yang diberikan itu hanya satu saat, namun kita perlu menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.
“Allah ada mengatakan, tidak kira sama ada orang Islam atau orang bukan Islam, kita perlu menunaikan amanah kepada orang atau ahli yang berhak.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap demikian dalam perhimpunan pagi di Wisma Darul Aman.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seseorang pentadbir dan pekerja yang baik.
Peranan ketua-ketua jabatan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja kerana ini akan kepimpinan yang baik akan menghubungkan hubungan yang baik di antara kerajaan dan rakyat.
“Negeri Kedah mempunyai 1.9 juta rakyat, namun anda bertuah dipilih dan dipertanggungjawapkan oleh Allah untuk bekerja di Wisma Darul Aman ini.
“Kita yang dipilih untuk menunaikan dan menguruskan pentadbiran negeri, maka sebab itu amanah yang diberi harus ditunaikan kepada ahli yang berhak iaitu rakyat dan semua pelanggan kita,” katanya.
BEDAH BUKU: WAJAH BARU POLITIK MALAYSIA…Mujahid Yusof. Vol 1
Semalam penulis menghabiskan sebuah buku politik tulisan seorang pimpinan PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertajuk “WAJAH BARU POLITIK MALAYSIA”. Sangat menarik, berfakta dan sangat mencabar. Membongkar segala rahsia di sebalik apa yang berlaku selama 52 tahun Negara kita merdeka dan apa yang akan berlaku pada 50 tahun kedua Malaysia merdeka. Menceritakan kehebatan dan kepoweran sebuah parti politik Islam yang menjangkau usia 52 tahun dalam mengahadapi mehnah dan tribulasi perjuangan di Negara yang berbilang kaum, bangsa, adat resam dan agama.
Seperti mana yang kita maklumi, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan. Membenarkan kepelbagaian parti dan pertubuhan politik serta NGO dalam menyuarakan pendapat dan kehendak rakyat bawahan untuk didengari pimpinan Negara. Tetapi selepas 52 tahun Malaysia mengamalkan sistem ini, sejarah mencatatkan hanya sebuah parti sahaja yang memerintah dan mentadbir Negara.
DEMOKRASI PPMS LESU DAN TIDAK BERMAYA. vol 1
Semangat dalam menyuburkan sistem demokrasi terus subur di bumi Malaysia yang dicintai. Apatah lagi selepas 8 mac 2008. Di mana pada tarikh keramat tersebutlah system demokrasi Malaysia melakar sejarahnya tersendiri. PRU-12 menunjukkan kepada kita bahawa sistem demokrasi berpilihanraya adalah pilihan yang tepat dan betul bagi gerak Islam yang menerima pembaharuan dan pengislahan dalam mengembalikan sistem Islam berdaulah atau berkhalifah.
Di selanggi pula dengan 8 PRK yang berlaku di seluruh Malaysia mengambarkan lagi bahawa Islam akan terus bertapak dan diterima ramai. Tempias PRU-12 dan 8 PRK di Malaysia dibawa tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengubah sedikit sebanyak perspektif masyarakat mahasiswa kita di bumi syam ini. Bagi mereka yang menjadi pendokong gerakan Islam akan bergembira dan terus bersemangat dlam meneruskan pengajian di bumi sayam ini. Tetapoi tidak berlaku sebaliknya kepada “golongan yang satu lagi”.
Secara peribadinya, penulis merasakan satu luar biasa yang berlaku dalam diri ini. Tidak tahu semangat apa yang menziarahi diri ini. Lain benar rasanya. Kata orang darah muda dah bergelora. Tapi `ala kulli halnya. Penulis meraka semanga itu baik dan perlu dipertahankan hingga Malaysia dipimpinan oleh seorang Ulama Negarawan. Dalam memori hidup, penulis mula mengenali dan mengetahui Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya adalah semasa berlakunya PRU-9 tahun 1995. mula mengenali sistem ini dengan lebih serius dan terjun kedalamnya adalah pada PRU-11 2004. Dimana pada PRU kali ini, gerakan Islam mendapat ujian yang sangat berat dari Allah Taala.
Penyakit zaman moden.. Berzina Kerana Ikhlas
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:
Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.
JAWAPAN DR. DANIAL
Yang Ikhlas yang dihormati.Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.
Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!
Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)
Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli.
Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!
Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics)
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.
Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)