Archive

Archive for the ‘TAFSIRAN MINDA’ Category

KITA ADALAH JENTERA UTAMA…vol.1

 

Selepas isu Mat Indera-Mat Sabu dimainkan oleh pihak media dan pihak kerajaan pemerintah, kita mendapati beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, antara:

   1)      Menyedari hakikat kemerdekaan sebenar negara Malaysia

   2)      Keberanian seseorang untuk menjadi pencetus dan perubah

   3)      Masih ramai yang buta lagi jahil dalam isu ini walaupun bukan bergelar doctor dah ahli sejarah

  4)   Pertembungan antara kebenaran dan kesesatan, akhirnya kebenaran pasti akan menjelma jua walaupun naik ke mahkamah sekalipun

    5)      Seluruh rakyat awam Malaysia terlalu jahil dengan fakta sejarah jauh sekali dengan ilmu-ilmu agama

Dari pada isu itu Malaysia beralih kepada isu pengumuman dari pihak kerajaan melalui lidah Perdana Menteri Najib Tun Razak yang memansuhkan ISA dan undang-undang yang lain. Kita mendapati beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, antara:

    1)      Kebenaran dan keadilan pasti akan berhasil akhirnya

   2)      Perjuangan rakyat semakin menghasilkan kejayaanya…Hebat sungguh para pejuang ini

 3) Semua pihak mengambil kesempatan di atas isu ini. Pemerintah dengan caranya untuk menarik hati rakyat..pembangkang dengan caranya untuk memanipulasi isu ini supaya rakyat tidak terpengaruh dengan kenyataan tidak jujur dan ikhlas ini

  4)      Pemansuhan yang tidak menyeluruh terhadap isu ini dengan hanya memansuhkan akta tetapi tidak melepaskan tahanannya yang masih ditahan

Dari isu itu Malaysia beralih kepada isu yang sangat panas dan kontroversi kepada semua pihak iaitu hukum Hudud.

Isu ini dimainkan sejak kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999.

Kemudian dicabar oleh kerajaan pusat untuk tidak dilaksanakan samaada diperingkat negeri mahupun persekutuan yang pada masa itu berada dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir dalam surat yang dikeluarkan pada 1994. Setahun selepas enakmen ini diluluskan.

Pada 25hb yang lalu…isu ini dimainkan semula oleh pihak yang ingin mencabar hukum Allah. Ramai juhala yang mengeluarkan pandangan tentang perkara ini..bukan sekadar itu tapi berusaha memecahbelahkan pakatan yang sudah terbina.

Isu ini bukan macam isu-isu yang sudah, sedang dan akan berlaku.yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh dan bahlul dalam menarik pendengar dan pemerhati,tetapi ia adalah isu yang kalau benar ucapan dan kenyataannya ia akan membawa ke syurga, tersalah dan tersasar langkah dan kenyataannya akan menerima padahnya iaitu azab yang pedih dalam neraka Allah kelak.

Sejak isu ini dimainkan, penulis melihat sudah 5 orang pemimpin yang berani menyeluarkan kenyataan yang semboro dan sonsang, yang boleh dilahat sebagai menghina hokum Allah..termasuklah karikatur Utusan yang terbaru selepas isu karikatur kes rogol yang lalu.

Kita mendapati beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, antara:

1)      Semakin ramai pemimpin yang juhala`, yang menyesat dan membodohkan seluruh rakyatnya

2)      Allah tidak akan memadamkan cahaya kebenaran dibumi miliknya ini, walaupun isu Negara berkebajikan dimainkan oleh pihak pembangkang dan pemerintah

3)      Semua perkara yang menguntungkan pihak mereka akan diambil sebagai keuntungan walaupun perakara itu milik mutlak dan hak Allah

4)      Semakin panjang lagi tugasan kita wahai sabahat-sahabatku untuk mengilmukan seluruh masyarakat di Malaysia yang dicintai ini….kita mencelikkan mereka dengan ilmu Allah..mereka membodohkan rakyat dengan kejahilan mereka.

Tetapi perlu dingat dan perlu disedari, dari semua isu yang dimainkan oleh pihak tertentu adalah kerana untuk menutupi isu yang paling besar dan menakutkan mereka iaitu isu PRU dan yang berkaitan dengannya.

Dari 8 tuntutan NGO Bersih sehinggalah pertemuan demi pertemuan penyelewengan SPR dan JPN dalam daftar pemilih PRU.

Inilah yang menjadi tumpu kepada semua pihak termasuklah semua sahabat-sahabat penulis yang sudah dan akan dihantar pulang ke Malaysia. Menjadi tanggungjawab di atas pundak kita untuk berdakwah dan berjuang ke medan yang sebenar.

Dari sekecil-kecil isu sehinggalah isu mempermain dan mencabar hokum Allah Taala…adakah kita masih ingin membiarkan lagi ia terus dan akan dimainkan?

Kita semua akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita ikuti….jangan disebabkan sedikit perkhidmatan yang diberikan oleh pemerintah dalam operasi penghantaran pulang kita ke Malaysia, mulut dan tubuh badan kita menjadi kaku dan tidak bergerak….yang perlu kita sedar perkhidmatan sudah menjadi kewajipan terhadap pihak memerintah untuk melaksanakannya

Orang yang jahil dan orang yang berilmu tetapi tidak menyampaikan ilmunya adalah sama-sama akan masuk ke dalam neraka Allah, bahkan orang orang berilmu tetapi tidak menyampaikanya lebih kemudian msuk ke dalam neraka Allah…..

Ini adalah peringatan buat diri ini dan kita semua. Tidak menuding jari ke mana-mana pihak tetapi mengengam jari untuk menyeru semua pihak bersedia menyelamatkan Malaysia dari kejahilan pemimpin dan kebodohan rakyat. Menerusi PRU-13 akan datang…kita adalah jentera utama dalam kemenangan Islam pada PRU-13 akan datang….

Categories: TAFSIRAN MINDA

Kami Sudah Lama Bangun….

Akhawat adalah Cermin Bagi Syabab

Maaf terlebih dahulu penulis hulurkan. Penulis tidak pasti adakah ia suatu permasalahan yang sangat besar? Adakah ia boleh dibincangkan dalam blog ini? Dan adakah ia benar satu virus yang sudah disedari oleh sebahagian pihak demi untuk melihat kebaikan sebahagian pihak yang lain? Oleh itu penulis ingin memohon untuk disoal dan dibincangkan.

Perkara ini penulis perolehi dari sesorang pimpinan PPMS. Pada suatu hari ketika asyik berbual-bual dengan pimpinan ini. Dilontarkan kepada penulis satu soalan yang agak menarik bunyinya.

“hari tu ada akhawat merugutkat ana, diorang cakap, kami dah lama bangun dalam melaksanakan tugas-tugas PPMS”?.Lebih kurang beginilah kata-kata pimpinan ini.

“Hai, pelik jer bunyinya, tapi betul juga tu”. Respon penulis sekaligus menyokong dan membenarkan kata-kata akhawat tersebut.

“Macam mana dia boleh cakap macam tu”?. Soal penulis ingin mendapatkan kepastiaan

“Ana pun tak pastila sebab apa diorang cakap macam tu.. diorang cakap lagi syabab la kena bangun dalam membawa PPMS, syabab kena pandu PPMS, jangan dok harap kat akhawat jer..?. Jawab pimpinan ini dengan menambah lagi rugutan dari akhawat tersebut.

“erm….”.tergamam juga penulis mendengarnya. Dalam masa yang sama penulis sangat tertarik dengan rugutan akhawat tersebut. Seluruh perasaan sudah diserap perasan ingin tahu.

“Anta ada bag ikat diorang banyak keje ke? Sebab tu kot diorang merugut. Anta tak Tanya ka kenapa dia cakap macam tu?. Kata penulis ingin mendapatkan kepastian seterusnya ingin membela rungutan akhawat tersebut.

“Setahu ana tak pun, sebab semua tenaga dah dipantau oleh Unit TKM. Takkan ada lagi kot yang terkorban…”? jawab pimpinan ini dalam keadan kebingungan. Kebingungan yang terpancar di wajahnya. Wajah menunjukkan ingin mencari kenapa akhawat tersebut merugut sedemikian.

“Anta kena tengok balik la kalau macam tu, mungkin bagi nata tak, tapi mana tahu kot-kot kat exco lain”. Respon penulis dalam usaha memberikan jalan penyelesaian kepada pimpinan ini. Hakikat sebenarnya penulis sendiri tidak tahu kenapa rungutan ini perlu dirungutkan.

Perbualan ini berlalu sudah hamper seminggu, tetapi hati masih tertanya-tanya, perasaan mengelegak ingin mendapatkan kepastian, akal terus berfikir ingin tahu hakikat sebenar yang berlaku. Mana tahu ada kekuatan dan kemampuan bagi menyelesaikan rungutan ini.

Secara jujurnya, penulis tahu dan sedar partisipasi serta kemampuan syabab dan akhawat dalam member khidmat di PPMS sejak beberapa tahun kebelangan ini tidak seimbang dan tersusun. Kerana penulis berpengalaman setahun dalam PPMS.

Tahun lepas krisis TKM sangat kritikal kalau dibandingkan tahun ini banyak mahasiswa-wi menjadi korban dalam melaksanakan tugas, tetapi tidak pernah sampai ditelinga penulis rungutan yang sebegini tapi mungkin ada Cuma penulis sahaja tidak mengetauinya.

Sekiranya ada beberapa akhawat yang membaca artikel penulis ini, tidak menjadi keberatan kepada kalian, penulis berharap supaya member respon kepada penulis kenapa rungutan sedemikian dilontarkan. Mungkin tidak semua akhawat PPMS, hanya sebahagian sahaja, tetapi sebahagian inilah yang sebenarnya menjadi tulang belakang kepada PPMS.

Respon yang penulis minta ini, adalah bersifat jujur dan berani menceritakan hakikat sebenar yang berlaku dikalangan helwi. Penulis sedar penulis tidak ada autoriti untuk mengetahui perkara ini kerana ada lagi pihak yang paling bertanggungjawab tetapi sekadar ingin tahu dan kalau mampu dapat mejadi sebahagian individu bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Kemampuan untuk menyampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab dan kemampuan untuk member kesedaran kepada para syabab di bumi Syam ini. Kerana apa yang Syabab lihat tidak sama seperti yang akhawat lihat, begitulah sebaliknya. Syabab adalah cermin bagi ahkawat untuk melihat kelemahan diri, begitu juga akhawat adalah cermin kepada syabab untuk mengoreksi diri.

Permintaan ini penulis harap mendapat respon dari sebahagian akhawat, dan lebih baik sekiranya respon tersebut datang dari akhawat yang merugut tersebut. Permintaan yang bukan bersifat memaksa tetapi secara jujur dan kerelaan untuk berkongsi permasalahan yang berlaku.

Respon tersebut boleh disalurkan kepada penulis melalui:

 Tanpa perlu menyebutkan nama. Mungkin respon ini agak lambat dibalas kerana kita sudah memasuki gerbang imtihan, tidak menjadi masalah, ia mungkin boleh diberikan selepas imtihan dan mungkin tidak dibalas terus, `ala kullii hal, penulis mengucapkan terima kasih meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Moga ia ada manfaat kepada semua pihak. Khususnya sahabat-sahabat penulis.

 Cuma nasihat penulis kepada akhawat, wujudka nindividu dikalangan akhawat yang berani tampil kehadapan dalam memberikan teguran, komentar, nasihat, pandangan, kritikan kepada sybaba khususnya dari sudut mentaliti, sikap dan persepsi. Ustazah Afiyah Abdul Kadir adalah antara individu mahasiswi yang menepati ciri-ciri ini dalam membangunkan mentaliti, sikap, dan persepsi mahasiswa. Tidak ada niat memuji, tetapi kagum dengan keberanian dalam memberikan pandangan.

Categories: TAFSIRAN MINDA

Alhamdulillah…bersyukur kepada Allah kerena Telah memudahkan urusan penulis dan teman-teman ahli Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan PPMS sesi2011. Agak mencabar juga sebenarnya untuk membawa EGM kerana ia hanya  menumpukan kepada pindaanperlembagaan. banyak hujah dan pendapat yang diterima. tahniah buat mahasiswa-wi PPMS. Antum dan antunna ada kehebatan dan kekuatannya tersendiri.  Banyak penulis dapat dari EGM ini. Moga ia memberi manfaat kepada PPMS dan penulis secara peribadi.

Terima Kasih Khas buat sahabat-sahabat Ahli Jawatankuasa Penggubal:

 

  1. Ustaz Hairul Faizal Isa
  2. Ustaz Farid Faizul Othman
  3. Ustaz Hasan Husin
  4. Ustaz Luqmanulhakim Rezduan
  5. Ustaz Hazuanuddin Sofuan
  6. Ustazah Nurlina Abdullah
  7. Ustazah Siddiqah Abdul Majid

Terima kasih………Banyak yang penulis dapat dari kalian sebagai team dalam membuat draf perlembagaan PPMS yang baru ini. Antum mempunyai banyak sangat kelebihan. Moga kita semuamendapat ganjaran yang setimpal dariNya.

 

Muhammad Mujahid Mohd Mohtar

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penggubal PPMS sesi 2011

Categories: TAFSIRAN MINDA

Itulah Sifat ilmu

 

Selepas empat bulan penulis berada di tahun empat, banyak kekurangan dan kelemahan yang penulis temui dalam diri ini. Bermula dari kelemahan dalam berorganisasi hinggalah memberikan penumpuan dalam bidang pengajian yang menjadi teras atau core kedatangan penulis di sini.

Kelemahan demi kelemahan yang penulis perolehi selepas penulis membuat sedikit post mortem kepada diri ini, menyedarkan penulis akan amanah yang besar yang harus dipikul bila pulang ke Malaysia nanti masih sangat jauh untuk dicapai. Dibandingkan keberadan penulis dibumi ilmu ini, sangat jauh untuk dinilai dan dikira ilmu yang penulis perolehi.

Biasala kita berada ditahun empat ini baru kita terasa sangat akan kekurangan dan kelemahan diri, waktu ini lah kita nak pulun dan nak dapat semua benda, ana pun pernah rasa macam anta rasa juga” inilah respon sahabat penulis ketika mana penulis meluahkan kerisauan yang bermain dibenak penulis.

“Sempat k…..? soal hati kecil penulis dengan mengambil kebenaran akan isi respon sahabat tadi.

Banyak perkara yang berlaku, semua perkara tersebut menginsafkan penulis akan kelemahan dan kekurangan diri ini. Khususnya dalam bidang ilmu dan pengajian. Pernah suatu ketika penulis bertanyakan kepada seorang guru penulis..

“kenapa susah sangat kita memperolehi ilmu dan mempraktikkannya”

Jawab sang guru dengan mudah, dengan menaqalkan kata-kata Qhadi Khalil:

العلم لا يعطيك بعضه إلا إذا أعطيته كله

Tiadalah memberikan ilmu itu sebahagiaannya melainkan apabila memberikan seluruh diri kamu kepadanya

Tambah guru penulis lagi…

itulah sifat ilmu, ia sangat cemburu, cemburunya melebihi cemburu seorang isteri apabila melihat suaminya bersama wanita lain, walaupun wanita tersebut teman rapat isterinya…”

Mujahid…anta kena ingat, itu sifat ilmu, tempat nak simpan ilmu itu pun ada sifatnya yang tersendiri”.. Tambah guru penulis lagi

“Apa tempat simpan ilmu tu ustaz dan apa sifatnya” soal penulis dengan penuh minat walau ayat kepada persoalan penulis ini agak skema

“Hati adalah tempat simpan ilmu, dan sifatnya ada dua, pertama: ia sangat sensitive dengan perkara maksiat, adakah anda ingat kata-kata Waqi` kepada anak muridnya Syafie, apabila Syafei mengadu akan kesusahan dalam menhafal dan mengingat?” soal sang guru secara tiba-tiba.

“Ana ingat” . Jawab penulis secara spontan

“Kalau anta dah ingat okla, tak perlu la ana ulang balik, kedua: sifat hati ini adalah ia tidak boleh menerima dua perkara dalam satu masa berdalilkan firman Allah:

“Diperintahkan Dengan Yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati Dalam rongga dadanya;

“Oleh yang demikian anta kena pandai-pandailah bagi masa antara menutut ilmu dengan aktiviti-aktiviti yang lain, sekadar itu ja yang boleh ana cakap”. Respon guru penulis  mengakhiri kata-katanya dengan jawaban yang masih belum terjawab mengikut kehendak dan kemahuan penulis.

Penulis tinggalkan nasihat guru penulis ini kepada para pembaca sekalian untuk difahami dan dihayati dengan baik, apa yang penulis perolehi dari kata-kata nasihat di atas mungkin berlainan dari apa yang para pembaca perolehi dan fahami. Mudah-mudahan ia ada manfaat kepada diri ini dan para pembaca sekalian, khususnya mereka yang berada di tahun empat dan tahun akhir dibumi syam ini.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan, masa terus dan akan terus berlalu, ambillah kesempatan dan peluang yang berbaki dengan baik. Moga kita tidak menyesal di kemudian hari. Waktu masih ada untuk kita berusaha…………..

 

Categories: TAFSIRAN MINDA

Soalan Panas ni !!!

Suatu hari ketika penulis duduk bersama adik-adik dari SMIDU yang baru datang untuk meneruskan cita-cita mereka sebagai seorang ulama Negarawan untuk membawa masyarakat Malaysia keluar dari kejahilan. Salah seorang bertanyakan satu soalan kepada penulis, pada pandangan penulis soalan tersebut sangat sensitif kepada penulis dan mungkin sebahagian besar sahabat-sahabat yang lain, soalan yang susah untuk penulis menjawabnya dengan cara spontan apatah lagi dalam keadaan tidak ada matlamat dan halatuju yang jelas

“ bila abang Mujahid nak kahwin ni, ramai dah kawan-kawan Abang Mujahid yang dah kahwin? Kami nak juga tengok sapa bakal kakak ipar kami ni?”

Itulah soalan yang dilontarkan dalam nada yang humor tapi serius pada pengamatan penulis selepas penulis melihat.dari riak setiap wajah yang terukir dimuka adik-adik yang penulis kasihi ini. Dari soalan tersebut, menunjukkan adik-adik ini sangat rapat dengan penulis, dan penulis pun sangat rapat dengan mereka. Untuk pengetahuan pembaca, persoalanan yang sebigi bukan pertama kali ditujukan kepada penulis, bahkan sudah berkali samaada dalam nada serius atau humor.

Mereka ini adalah adik-adik sepengajian dengan penulis ketika penulis menuntut di Sekolah Islam Darul Ulum. Mereka pada masa itu berada dibawah jagaan penulis dan penulis membimbing mereka mengenal erti kehidupan di alam menengah atau remaja. Selepas beberapa tahun, dipanjangkan usia dan masa, Allah mempertemukan semula kami di bumi Syam yang penuh dengan keberkatan ini, tetapi di alam yang berbeza iaitu alam keuniversitiaan, Sekarang mereka tinggal sebumbung bersama penulis. Penulis sangat bersyukur diatas kurnian ini.

Dengan soalan yang dilontar oleh salah seorang dari mereka tadi, sangat-sangat menyentak penumpuan penulis buat seketika waktu. Dengan rasa tidak mahu mengecewakan mereka, penulis memberikan beberapa jawapan yang diselit dengan nasihat yang berguna kepada diri penulis dan mereka dalam meniti liku-liku kehidupan yang penuh mencabar dibumi Syam ini . kata penulis kepada mereka:

“ erm, soalan panas ni… susah juga ana nak jawab soalan anta tu, tapi insyaAllah kalau dah jodoh tak kemana, sampaila waktunya nanti, nanti kalau ana akan bagi kad jemputan”. Kata penulis sebagai respon awal kepada persoalan yang dilontarkan. Sambung penulis lagi:

“ tapi antum kena ingat! Nak kahwin bukan senang, bukan sekadar nak ikut sunnah Nabi, bukan sekadar nak tambah zuriat anak Adam, bukan sekadar nak melepaskan hawa nafsu kita sahaja, tetapi apa yang paling penting adalah kita kena tahu apakah maqasid yang terkandung disebalik pensyari`atan perkahwinan tersebut, supaya rahmat yang kita akan dapat bukanya bala atau murka yang kita perolehi pada akhirnya. Anta tahu tak apa maksud maqasid?

“Maqasid adalah maksud ataupun tujuan kepada sesuatu perkara yang dihendaki oleh Allah Taala disebalik pensyariatan sesuatu hukum keatas manusia dan hambaNya. Kita perlu tahu setiap perkara yang terjadi didunia ini adalah untuk mendatangkan semua kebaikan kepada manusia dan menjauhkan manusia dari kecelakaan atau kemudaratan” .Syarah penulis dengan panjang lebar kepada mereka tentang maksud maqasid berdasar kecetekan ilmu yang ada pada penulis.

Soal penulis kepada mereka lagi, “bagaimana kita nak tahu maqasd disebalik sesuatu hbukum tersebut, sedangkan kita tidak mendalami ilmu dengan penuh kesungguhan dan berazam tinggi? Nak tahu sesuatu perkara itu mestilah dengan ilmu yang kita pelajari, kita perlu ingat perkahwinan ini adalah sunnatullah yang pasti akan berlaku kepada kita semua dengan izinNya, bagaimana kita nak uruskan Sunnatullah ini mengikut kehendak yang Allah inginkan? Tidak dapat tidak mestilah dengan ilmu. Ilmu inilah yang akan membimbing kita dalam mmandu kehidupan yang fana ini. Jadi bukan senang-senag jer kita nak kahwin…” ujar penulis kepada mereka, menyebabkan suasan sunyi dan sepi seketika

“o………..macam itu yer, hebat juga, maksudnya bukan senang la yer…” kata salah seorang dari mereka, menghidupkan  suasana dari kesunyian.

“tahu tak pa, jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Kita perlu meningkatkan mutu kesungguhan kita untuk mengali sebanyak mungkin ilmu dibumi Syam ini, supaya kelak kita memahami maqasid perkahwinan tersebut dan menyelamatkan kita dari azabnya. Bukan senang, kerana dengan perkahwinan tanggungjawab kita bertambah, tanggungjawab kita kepada kedua orang mertua kita dalam menjaga dan memelihara anaknya, tanggungjawab kita kepada isteri dan anak-anak dalam membimbing mereka menuju keredhaan Ilahi, tanggungjawab kita kepada  Allah dan rasulNya dalam membawa obor Islam melalui pembinaan Baitul Muslim”. Tambah penulis sebagai respon kepada kepentingan mempunyai ilmu untuk membawa Usrah Muslimah.


“ Jadi ia mesti bermula dengan diri (fardi muslim) kita dahulu, dari situlah baru kita mampu membangunkan usrah muslimah, dari usrah muslimahlah kita mampu membentuk Mujtama` Muslim, dengan kekuatan mujtama` muslim maka akan terbentuklah Daulah Islamiah dimuka bumi ini, sekiranya Islam sudah mempunyai khalifah dan daulahnya tersendiri, Ustazul ummah sudah menjadi harapan kepada masyarakat dunia untuk membimbing mereka menuju redha Allah”. “Ceramah” penulis kepada mereka berdasarkan fikrah Syeikh Said Hawa dalam menyusun kaedah bagi mengembalikan semula kedaulatan dan keizzahan Islam yang sudah terkubur.

P/S: insyaalah untuk akan datan penulis akan tulis berkaitan dengan maqasid dalam perkahwinan dan fikrah Syeikh Said Hawa dengan panjang.

 

Categories: TAFSIRAN MINDA

Puisi Muhasabah Pejuang 1432

Ku hadiahkan puisi ini untuk para pejuang yang merasa dia memperjuangkan kebenaran.

Muhasabah Untuk Pejuang

Ingin ku katakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada
pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang
lalu bersembahyang?
Yang sudah sembahyang berapa ramai pula
yang sembahyangnya memberi kesan?


Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya,
di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah di dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu
untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang.

Dedikasi oleh: Abu Miqdad
© Copyright Control

Categories: TAFSIRAN MINDA

GAMBAR TERPILIH

 

Air Tebu & Coktail Mesir 30 lera jer… salah satu nikmat di Mesir

Categories: TAFSIRAN MINDA

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Categories: TAFSIRAN MINDA