Archive

Archive for September, 2011

Membuat siri pendedahan krisis Syria

Selepas sudah hampir 3bulan lebih penulis pulang ke Malaysia, alhamdulillah ramai yang minta penulis membuat sedikit artikel berkaitan krisis yang berlaku disyria sekarang ini…..

Sekarang semua dunia tertumpu kepada krisis kebangkitan umat di Syria. selepas dunia menyaksikan kejatuhan demi kejatuhan pemimpin diktator kuku besi di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman. Semuanya ini menjadi topik hangat dalam media seluruh dunia.

InsyaAllah dalam masa terdekat ini penulis akan cuba untuk memaparkan secara ringkas krisis yang sedang berlaku buat tatapan para pembaca sekalian….moga sedikit pendedahan ini akan memberi manfaat dan pengajaran kita semua dalam menilai pemimpin di Malaysia ini

Sekarang masih dalam kajian dan pencarian maklumat berkaitan isu yang berlaku sekarang…yang penulis akan menulis dari awal Syam pecahkan menjadi negeri-negeri kecil oleh pihak penjajah hingga pemerintah sekarang….

Dimana pun penulis pergi dalam menyampaikan kuliah mahupun tazkirah, isu Syria tidak akan pernah lekang dari bibir ini. kerena penulis sudah merasakan diri ini sebahagian dari ahli Syam yang diberkati Allah.

Categories: ISU DUNIA

KITA ADALAH JENTERA UTAMA…vol.1

 

Selepas isu Mat Indera-Mat Sabu dimainkan oleh pihak media dan pihak kerajaan pemerintah, kita mendapati beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, antara:

   1)      Menyedari hakikat kemerdekaan sebenar negara Malaysia

   2)      Keberanian seseorang untuk menjadi pencetus dan perubah

   3)      Masih ramai yang buta lagi jahil dalam isu ini walaupun bukan bergelar doctor dah ahli sejarah

  4)   Pertembungan antara kebenaran dan kesesatan, akhirnya kebenaran pasti akan menjelma jua walaupun naik ke mahkamah sekalipun

    5)      Seluruh rakyat awam Malaysia terlalu jahil dengan fakta sejarah jauh sekali dengan ilmu-ilmu agama

Dari pada isu itu Malaysia beralih kepada isu pengumuman dari pihak kerajaan melalui lidah Perdana Menteri Najib Tun Razak yang memansuhkan ISA dan undang-undang yang lain. Kita mendapati beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, antara:

    1)      Kebenaran dan keadilan pasti akan berhasil akhirnya

   2)      Perjuangan rakyat semakin menghasilkan kejayaanya…Hebat sungguh para pejuang ini

 3) Semua pihak mengambil kesempatan di atas isu ini. Pemerintah dengan caranya untuk menarik hati rakyat..pembangkang dengan caranya untuk memanipulasi isu ini supaya rakyat tidak terpengaruh dengan kenyataan tidak jujur dan ikhlas ini

  4)      Pemansuhan yang tidak menyeluruh terhadap isu ini dengan hanya memansuhkan akta tetapi tidak melepaskan tahanannya yang masih ditahan

Dari isu itu Malaysia beralih kepada isu yang sangat panas dan kontroversi kepada semua pihak iaitu hukum Hudud.

Isu ini dimainkan sejak kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999.

Kemudian dicabar oleh kerajaan pusat untuk tidak dilaksanakan samaada diperingkat negeri mahupun persekutuan yang pada masa itu berada dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir dalam surat yang dikeluarkan pada 1994. Setahun selepas enakmen ini diluluskan.

Pada 25hb yang lalu…isu ini dimainkan semula oleh pihak yang ingin mencabar hukum Allah. Ramai juhala yang mengeluarkan pandangan tentang perkara ini..bukan sekadar itu tapi berusaha memecahbelahkan pakatan yang sudah terbina.

Isu ini bukan macam isu-isu yang sudah, sedang dan akan berlaku.yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh dan bahlul dalam menarik pendengar dan pemerhati,tetapi ia adalah isu yang kalau benar ucapan dan kenyataannya ia akan membawa ke syurga, tersalah dan tersasar langkah dan kenyataannya akan menerima padahnya iaitu azab yang pedih dalam neraka Allah kelak.

Sejak isu ini dimainkan, penulis melihat sudah 5 orang pemimpin yang berani menyeluarkan kenyataan yang semboro dan sonsang, yang boleh dilahat sebagai menghina hokum Allah..termasuklah karikatur Utusan yang terbaru selepas isu karikatur kes rogol yang lalu.

Kita mendapati beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, antara:

1)      Semakin ramai pemimpin yang juhala`, yang menyesat dan membodohkan seluruh rakyatnya

2)      Allah tidak akan memadamkan cahaya kebenaran dibumi miliknya ini, walaupun isu Negara berkebajikan dimainkan oleh pihak pembangkang dan pemerintah

3)      Semua perkara yang menguntungkan pihak mereka akan diambil sebagai keuntungan walaupun perakara itu milik mutlak dan hak Allah

4)      Semakin panjang lagi tugasan kita wahai sabahat-sahabatku untuk mengilmukan seluruh masyarakat di Malaysia yang dicintai ini….kita mencelikkan mereka dengan ilmu Allah..mereka membodohkan rakyat dengan kejahilan mereka.

Tetapi perlu dingat dan perlu disedari, dari semua isu yang dimainkan oleh pihak tertentu adalah kerana untuk menutupi isu yang paling besar dan menakutkan mereka iaitu isu PRU dan yang berkaitan dengannya.

Dari 8 tuntutan NGO Bersih sehinggalah pertemuan demi pertemuan penyelewengan SPR dan JPN dalam daftar pemilih PRU.

Inilah yang menjadi tumpu kepada semua pihak termasuklah semua sahabat-sahabat penulis yang sudah dan akan dihantar pulang ke Malaysia. Menjadi tanggungjawab di atas pundak kita untuk berdakwah dan berjuang ke medan yang sebenar.

Dari sekecil-kecil isu sehinggalah isu mempermain dan mencabar hokum Allah Taala…adakah kita masih ingin membiarkan lagi ia terus dan akan dimainkan?

Kita semua akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita ikuti….jangan disebabkan sedikit perkhidmatan yang diberikan oleh pemerintah dalam operasi penghantaran pulang kita ke Malaysia, mulut dan tubuh badan kita menjadi kaku dan tidak bergerak….yang perlu kita sedar perkhidmatan sudah menjadi kewajipan terhadap pihak memerintah untuk melaksanakannya

Orang yang jahil dan orang yang berilmu tetapi tidak menyampaikan ilmunya adalah sama-sama akan masuk ke dalam neraka Allah, bahkan orang orang berilmu tetapi tidak menyampaikanya lebih kemudian msuk ke dalam neraka Allah…..

Ini adalah peringatan buat diri ini dan kita semua. Tidak menuding jari ke mana-mana pihak tetapi mengengam jari untuk menyeru semua pihak bersedia menyelamatkan Malaysia dari kejahilan pemimpin dan kebodohan rakyat. Menerusi PRU-13 akan datang…kita adalah jentera utama dalam kemenangan Islam pada PRU-13 akan datang….

Categories: TAFSIRAN MINDA