Archive

Archive for April, 2010

“Seorang Dalam Seribu”..Mantan Presiden PPMS 2009

Mindamujahid bersama Dato Duta Malaysia Ke Syria Dato Ibrahim dan Ust Hairul Faizal, Mantan Presiden PPMS 2009 pada majlis pperpisahan bersama beliau. kata ust Hairul ” bukan senang nak dapat duta yang macam ni, seorang dalam seribu.

Itulah kalimah yang terpacul dari mulut beliau selepas penulis bertanyakan pandangannya berkenaan keperibadian Dato Duta khususnya muamalatnya bersama mahasiswa Syria dan PPMS. Beliau lebih mengenali dan memahami Dato Duta kerana sudah 2 tahun berturut-berturut bekerja bersama Dato Duta.

Susah Sebenarnya mendapatkan seorang Duta yang sebeni sifat dan sikap ketika berhubungan sesama pelajar. sekarang kita menanti Duta yang baru. Penantian penuh Pengharapan 

Categories: KITA DAN ISLAM

Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. Vol.3

22/04/2010 1 comment

Dari apa yang PPMS susun dan rangka pada tahun ini, masih dalam peringkat permulaan. Ia tidak akan Berjaya sama sekali dengan apa yang dirangcang penulis ulang sekali lagi ia tidak akan Berjaya sama sekali dengan apa yang dirangcang ingat! ia tidak akan Berjaya sama sekali dengan apa yang dirangcang, melainkan penjanaan tenaga dibawah memainkan peranan yang semaknima mungkin iaitu:

 

Gambar rajah pusingan tenaga dan sekongan yang padu dan utuh dalam organisasi PPMS

Kalau penjanaan tenaga dan Wehdatul Fikr wehdatul Amal dapat dijalinkan, disokong pula dengan sokongan dari sudut moral dan fizikal dari kalangan BKAN dan ahli, maka kita sama-sama boleh melihat sifar mudahnya begini:

Secara teorinya: Hasilnya sangat menarik dan diimpikan oleh semua pihak tetapi, secara praktikalnya tidak seperti kita impikan. Kalau Wehdatul Fikr wehdatul Amal tidak dapat kita jana dan jayakan mulai dari sekarang.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

Buat Renungan Kita bersama: Disebalik Kisah Secangkir Cawan

22/04/2010 1 comment

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. “Lihat cawan itu,” kata si nenek kepada suaminya. “Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

“Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, ‘Belum !’ Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi.

Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, ‘Belum !’ Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.

 Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ‘ Belum !’ Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.

 Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sinar tatkala kulihat diriku.” Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi ‘cantik’.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a’lam

Categories: MINDA MUJAHID

Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. vol.2

 

Peristiwa yang melakar sejarah PPMS buat kali k-2 selepas 2 tahun, termenterailah sudah perjanjian persefahaman hubungan kerjasama antara PPMS dan BKAN. Ia adalah langkah awal untuk menjayakan gagasan wehdatul fikr wehdatul amal

Gagasan ini menjadi misi utama PPMS pada tahun ini adalah bertujuan untuk penjenaan semula kesatuan mahasiswa-mahasiswi Syria kearah kesatuan yang sangat mantap dan padu. Ia adalah kesimanbungan dari gagasan-gagasan PPMS pada tahun-tahun sebelum ini. Juga mahu melihat mahasiswa-mahasiswi terkehadapan dalam semua sudut dan bidang melalui gagasan yang dilancarkan ini. Bukan hanya berpancak dengan isu-isu yang remeh-temeh disebabkan masalah kesatuan dikalangan kita masih belum selesai.

Antara tujuan lain adalah seperti yang terkandung dalam rencian kepada misi Wehtaul Fikr Wehdatul Amal ini yang termaktub dalam kertas kerja pembentukan PPMS 2010 pada misi yang ke-2:

2. MEWUJUDKAN KESATUAN PEMIKIRAN DAN KERJA (Wehdatul Fikr wehdatul Amal) 

  • Memperkukuh persefahaman antara pimpinan dan ahli
  • Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli
  • Memperkemas cara pendekatan
  • Menerapkan nilai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab ahli

Wehdatul Fikr wehdatul Amal adalah berbahasa arab yang membawa maksud satu fikrah satu amal. Satu gagasan sangat besar maknanya bagi mereka yang ingin melihat kelancaran dan kesatuan PPMS terus utuh dan teguh buat generasi sekarang dan buat masa akan datang. Walaupun gagasan ini Nampak sukar dan susah untuk direalisasikan buat masa sekrang ini, tapi biarlah ia dijadikan sebagai batu asas untuk mendapatkan kejayaan buat masa akan datang dan kepimpinan yang menerajui PPMS pada sesi-sesi berikutnya.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. Vol.1

08/04/2010 2 comments

Formula baru untuk Wehdatul Fikr Wehdatul Amal

Melihat kepada perpecahan ummah Islam selepas tahun 1924, tahun di mana terkuburnya khilafah ummah yang berpusat di Istanbul Turki. Mujaddid Islam telah bangun dan berusaha menyatukan Ummah di bawah satu naugan atau satu kumpulan bagi mengembalikan semua kesatuan ummah. Seperti Syeikh Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhamad Abduh, Syeikh Rasyid Redha dan ramai lagi telah berusaha menyedarkan ummah untuk kembali bersatu di bawah satu tunjang utama iaitu Islam dengan mendirikan semula khilafah yang telah terkubur.

Dari zaman ke zaman, tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari, hinggalah tahun 2010 ini kita telah menyaksikan kebangkitan ummah Islam di seluruh dunia melalui gerakan Islam atau harakah Islamiah yang telah ditubuhkan oleh para pencipta kesatuan dan keadilan. Gerakan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengembalikan kesatuan ummah ke arah mengembalikan khilafah dan keizzahan Islam. Pelbagai slogan dan tema dilaungkan oleh pimpinan gerakan Islam ini dengan pelbagai pendekatan demi untuk menyedarkan ummah betapa peripentingnya kesatuan dalam diri ummah Islam sebelum mereka bercita-cita mendirikan semula khilafah umamh.

“Islam adalah jalan penyelesaia”, “Islam untuk semua”, “Islam adalah agama keadilan dan sejahtera” adalah beberapa contoh slogan atau tema yang dimainkan oleh mereka dalam menyedar dan memaklumkan kepada ummah masa kini bahawa Islamlah agama bagi segala-segalanya. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Kenapa isu menyatukan ummah menjadi topik yang selalu dibincangkan bahkan sudah banyak diperkatakan sejak berzaman, tapi hasilnya masih tidak memuas dan menyakinkan? Untuk menjawab kepada persoalan di atas, penulis menyarankan kepada para pembaca untuk membaca dan mengkaji isi kandungan Itqan edisi 35 yang memberi fokus pembantaian ummah: kebobrokan ahzab moden mencabar sensetiviti. Pembaca pasti akan menemui jawapannya.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

MUHASABAH DIRI: Petunjuk Dari Imam Ghazali

Peringkat Muhasabah diri yang dilakarkan oleh Imam Ghazali kepada manusia, yang akhirnya membawa hamba menemui Tuhannya

 Sahabat-sahabatku yang dikasihi………

Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah penghisabannya di Hari Pembalasan.

 Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat.

 Sebagai panduan Imam Al Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah atau peringkat untuk bermuhasabah seperti mana berikut:

  •  Marhalah Pertama: Al Musyarothoh

Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.

  •  Marhalah Kedua: Al Murokobah

Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya.

  •  Marhalah Ketiga: Al Muhasabah

Apabila seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat diatas perkara tersebut. Sekiranya, kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.

  • Marhalah Keempat: Al Muakobah

Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.

 Diriwayatkan bahawa SaidianUmar Al Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.

  • Marhalah Kelima: Al Mujahadah

Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur di pertengahan jalan.

Seruanku buat sahabat-sahabat yang dikasihi, segeralah bermuhasabah serta  ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang solihin. Amin.

 

Categories: MINDA MUJAHID

Pesta Buku Musim Bunga Bermula

Pesta buku Musim panas akan bermula tidak lama lagi…oleh itu penulis mengajak para PEMBACA sekalian untuk menghadiri dan memeriahkannya.

Tempat: Hadiqatul Jala,`ala wutusterot, Qazah Damascus

Dari lembah: boleh naik servis wutusterot-Yarmouk. -warna merah

Dari Bukit: Boleh Naik Dawar Syamali- Warna merah.

Tarikh: 7-17 April 2010

waktu: 10.00 pagi- 1.00 petang, 4.00 petang-11.00 malam

(Hari Jumat: 4.00 petang- 11.00 malam)

Pesta ini tidaklah sehebat pesta buku antarabangsa Damascus, tapi ia sudh cukup menarik minat para pencipta buku-buku ala kotemporari dan bahan rujukan yang bersifat semasa.

Pesta buku ini mendapat sokongan dari Timbalan Presiden Syria Dr Najah `atar.

Antara buku yag terdapat di pesta buku  dan majalah-majalah berkaitan adab, sains, teknologi, pengetahuan am, bahasa dll. Bagi semua peringkat umur dan pemikiran.

Hadirlah beramai ke pesta buku kali ini, moga kita mencapai sasaran untuk mencari masyarakat yang membaca seperti termaktub dalam misi pesta kali ini “Kearah membina masyarakat membaca”

Berilah sokongan kepada pihak penganjur, kerajaan Syria dan yang lebih penting berilah peluang kepada diri anda untuk menjadi orang yang cerdik dan bermanfaat dengan membaca.

Adakah kita yang bergelar pelajar, tapi pada hakikatnya kita tidak membaca?

sudah Peduli dengan soalan di atas?.

Ada buku, baca.

Sudah baca, amal.

Sambil amal, sampaikan.

Categories: MINDA MUJAHID

Lazatnya Berusrah:Terima Kasih Adik-adikku….

Berusarah lebih nikmat dari Ais Kerim ini, walaupun di makan di musiam panas

hebat adik ajib berpidato di restoran ini…tahniah

kelazatan ukhuwah Jiilul Tahrir…selamat hari Lahir

Nasi mandi adalah mainan Jiilul Tahrir ketika berekreasi di masakin atau Jasmatiah 

hurm……sedapnya, sesedap Usrah Jiilul Tahrir. Bahkan lebih dari itu.

Pergunungan Arba`in menjadi pilihan Jiilul Tahrir berusrah

hebat dan agong sungguh kejadian Tuhan

Pemuda Ashabul Kahfi abad Ini

Faham-Iman-Ilmu-amal= Jundullah

“Ya Allah ya  Tuhan Kami….jadilah Kami Jiilul Tahrir Buat Ummah ini”

tengah buat Video Clip Nasyid ker..?

Categories: MINDA MUJAHID

BERATNYA AMANAH INI….Ya Allah

Adik-adik Jiilul Tahrirku, ingatlah! betapa beratnya amanah ini

Amanah adalah satu perkataan yang sangat ringan untuk dilafazkan oleh seorang manusia dengan menggunakan isi yang tidak bertulang iaitu lidah. Tapi sangat berat dan tidak terperi  kesusahannya untuk melaksanakan dan merealisasikannya. Kerana kita adalah manusia sombong, ego dan jahil. Makhluk yang sanggup menawarkan diri untuk menanggung amanah yang terberat ini selepas para Malaikat, bumi, langit, gunung-ganang, bukit-bukau dan makhluk Maha Pencipta yang  lain tidak mahu dan menolak mentah amanah yang berat ini.

Semua pengakuan kesanggupan untuk memikul amanah ini sudah terakam dalam lembaran kitab maha suci Al-quran  Al-karim dan kalam yang dilafazkan oleh kekasihnya Muhammad penghulu segala nabi.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”. Surah Ahzab:72.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah:30

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

APA YANG DILAKUKAN OLEH ORANG INI?

Diri, Jiwa, Idea, Harta Benda  seorang pemuda sangat diperlukan bagi gerakan Islam Masa Kini

Ketika asyik  penulis bersama adik-adik usrah Jiilul Tahrir berusrah dalam Maqam Arba`in, usrah yang membincangkan berkenaan arkanul Bai`ah iaitu faham, iklas, dan amal. Ada satu perkara yang menarik perhatian penulis, iaitu kelibat seorang pemuda Arab yang menunaikan solat sunat. Tidak tahu solat sunat apa yang dia tunaikan. Sepanjang pemerhatian penulis kepada si dia, ada beberapa perkara yang menakjubkan penulis dan dengannya penulis mendapat beberapa pengajaran dalam memahami dengan lebih praktikal dalam rukun faham, iklas dan amal.

Perkara-perkara yang menakjubkan penulis:

  • Pemuda ini melaksanakan solat sunat sebanyak 80 rakaat,
  • Sebanyak 40 mihrab di gunakan untuk menunaikan solat sunat tersebut
  • Selama 20 minit lebih kurang masa yang digunaka untuk menunaikan solat sunat
  • Hanya berpakaian jens hitam dan berkemeja putih berlengan panjang
  • Dari 6 orang pemuda yang menyertai rombongan bersama pemuda ini, hanya di seorang sahaja yang menunaikan solat sunat

Beberapa persoalan yang timbul dalam minda penulis selepas melihat perbuatan pemuda ini:

  • Kehebatan seorang manusia yang yang bergelar pemuda dalam melaksanakan solat sunat sebanyak ini di era pemuda-pemudi dihidangkan dengan kenikmatan dan kelazatan duniawi.
  • Adakah solat sunat ini iaitu solat sunat sebanyak 40 rakaat dalam 40 mihrab yang berbeza mempunyai dalil yang mengharuskan dan menyuruh kita melakukannya?
  • Adakah untuk memgambil berkat dari tempat tersebut, kita perlu melaksanakan perkara sunat sampai macm itu sekali?
  • Dari raut wajah setiap kawan-kawan pemuda ini, penulis melihat ketidaksenangan dan ketidakpuasan hati kepada tingkah laku dan perbuatan pemuda ini. Adakah mereka menyenai perbuatan pemuda ini?
  • Adakah perkara fardhu dan wajib bagi penuda ini sudah ia tunaikan? Sebagai contah belajar soal hokum hakam agama dll
  • Apakah pemuda ini tidak menyedari bahawa tenaga, akal dan tubuh badannya menjadi asset utama kepada masyarakat untuk mengubah mereka dan menyuruh mereka melakuka amar maaruf nahi munkar   

Beberapa perkara yang diperolehi dari pemerhatian penulis kepada pemuda ini:

  1. Tidak memahami fiqh aulawiyyat dan fiqh waqi: sebagai contoh kita cuba lihat suasana muda-mudi Arab di Syria, jadi orang yang seperti ini diperlukan untuk menyelamat masyarakat.
  2. Tidak meletakan rukun baiah yang pertama iaitu al-fahmu dalam kehidupan seharian, sedang amal itu adalah rukun baiah yang ketiga. Al-fahmu itu penting dalam melaksanakan apa-apa tindakan.
  3. Masih belum faqih dalam soal amal ibadah, tidak dapat membezakan antara amal yang berada diperingkat wajib, sunat, harus, makru,h dan haram. Maka oleh itulah..
  4. Pemuda ini melakukan perkara bida`ah dalam amal ibadah terutamanya ibadah sunat (penulis tidaklah faqih sangat, tapi mampu membezakan antara hak dan batil, kerana yang hak itu ada dalilnya begitu juga batil pun ada dalilnya).
  5. Tidak tahu menghormati teman-temannya yang musafir dan ziarah bersamanya. Cuba bayangkan kita adalah seorang pelancong yang datang dari Malaysia, ada 20 orang bersama kita, tiba-tiba sampai di Maqam Arba`in kita solat 40 rakaat pada 40 mihrab yang ada. Apa perasaan orang yang bersama kita dalam rombongan itu? Sedang masih banyak lagi tempat yang ingin kita ziarah dan pergi. Fikir 5 minit dan cuba jawab.

Oleh itu, apa yang penulis mahu sampaikan di sini adalah kita perlu melihat semula rukun bai`ah yang telah termaktub dalam Risalah ta`alim. Murabbi agung sudah menyediakan panduan dan ketetapan kepada kita bagi umat akhir zaman ini untuk melihat semula amal dan tindakan kita dalam menempuh liku-liku kehidupan in.

Faham-Ikhlas-Amal-Jihad-tadhiyah-Taat-Tsabat-Tajarrud-ukhuwwah-Tsiqah

P/s: Insyaaalh, untuk posting akan datang penulis akan cuba untuk membincangkan Arkanul Bai`ah ini dengan lebih mendalam dan mengikut realiti.

Categories: MINDA MUJAHID

JIILUL TAHRIR “BERUKHUWWAH” KE MAQAM ARBA`IAN

Berusarah di Maqam 40 adalah untuk mencari kepuasan sebenarnya

Maqam Arba`in yang terletak di Jabal Qasium adalah salah satu tempat destinasi pelancongan bagi para pelancong yang datang ke bumi Syam. Tempat yang mencatat pelbagai peristiwa besar  dalam lipatan sejarah peradaban manusia. Dan menjadi tempat yang paling sesuai untuk melihat dan menikmati permandangan kota Syam secara keseluruhan.

 Antara beberapa peristiwa yang terakam dan tercatat dalam sejarah yang berlaku di Jabal Qasium (Maqan Arba`in ):

  • Tempat berlakunya peristiwa pembunuhan pertama dalam dunia, yang berlaku diantara anak nabi Allah Adam iaitu Qabil dan Habil
  • Tempat pengibadatan Arba`in orang wali Allah, yang setiap wali ini meninggal, ia akan diganti dengan wali yang lain. Bagi mencukupi bilangan wali Arba`in orang dalam satu-satu masa. Sempenan dengan inilah tempat ini di manakan Maqam Arba`in. Dan Arba`in mihrab solat yang terletak di dalamnya adalah sebagai bukti akan cerita ini.
  • Tempat beribadatnya nabi Allah Musa dan khizhir `Alaihisalam
  • Tempat berhimpunnya para anbiya, para auliya dan orang beriman pada akhir zaman nanti

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID