Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. vol.2
Peristiwa yang melakar sejarah PPMS buat kali k-2 selepas 2 tahun, termenterailah sudah perjanjian persefahaman hubungan kerjasama antara PPMS dan BKAN. Ia adalah langkah awal untuk menjayakan gagasan wehdatul fikr wehdatul amal
Gagasan ini menjadi misi utama PPMS pada tahun ini adalah bertujuan untuk penjenaan semula kesatuan mahasiswa-mahasiswi Syria kearah kesatuan yang sangat mantap dan padu. Ia adalah kesimanbungan dari gagasan-gagasan PPMS pada tahun-tahun sebelum ini. Juga mahu melihat mahasiswa-mahasiswi terkehadapan dalam semua sudut dan bidang melalui gagasan yang dilancarkan ini. Bukan hanya berpancak dengan isu-isu yang remeh-temeh disebabkan masalah kesatuan dikalangan kita masih belum selesai.
Antara tujuan lain adalah seperti yang terkandung dalam rencian kepada misi Wehtaul Fikr Wehdatul Amal ini yang termaktub dalam kertas kerja pembentukan PPMS 2010 pada misi yang ke-2:
2. MEWUJUDKAN KESATUAN PEMIKIRAN DAN KERJA (Wehdatul Fikr wehdatul Amal)
- Memperkukuh persefahaman antara pimpinan dan ahli
- Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli
- Memperkemas cara pendekatan
- Menerapkan nilai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab ahli
Wehdatul Fikr wehdatul Amal adalah berbahasa arab yang membawa maksud satu fikrah satu amal. Satu gagasan sangat besar maknanya bagi mereka yang ingin melihat kelancaran dan kesatuan PPMS terus utuh dan teguh buat generasi sekarang dan buat masa akan datang. Walaupun gagasan ini Nampak sukar dan susah untuk direalisasikan buat masa sekrang ini, tapi biarlah ia dijadikan sebagai batu asas untuk mendapatkan kejayaan buat masa akan datang dan kepimpinan yang menerajui PPMS pada sesi-sesi berikutnya.
Sekiranya pimpinan PPMS pada tahun ini tidak meletakkan batu asas atau tapat dalam menjayakan gagasan ini pada tahun ini, boleh kita bayangkan bilakah gagasan ini akan bermula apatah lagi untuk mendapatkan kejayaan yang diharap dan cita-citakan oleh kita semua. Ia umpama seorang petani, untuk menpadatkan hasil apa yang disemainya, ia mestilah bermula mencari ladang yang subur tanahnya, biji benih grad A, baja yang berkualiti tinggi, seriman air yang mencukupi dan perkara-perkara lain yang dengan perkara itu, petani tersebut akan mendapatkan hasil yang terbaik buat setahun atau 2 tahun akan datang. Bak kata orang tua-tua “benih yang kecil itu akan mendatangkan benih kecil yang lain”. Walaupun gagasan tidak dilahat Berjaya pada tahun ini, tapi ia dilihat pentinh untuk dijayakan. Itu harapan pimpinan PPMS pada tahun ini.
Bagi menjayakan gagasan Wehdatul Fikr wehdatul Amal , pimpinan PPMS pada tahun ini sudah merangka beberapa aktiviti dan pendekatan yang membumi dan realiti. Pendekatan ini dirangka, selepas pimpinan PPMS melihat secara keseluruhan kehendak dan menteliti serta persepsi mahasiswa-mahasiswi di bumi Syria terhadap PPMS dan aktiviti yang dijalankan pada sesi-sesi sebelum ini. Oleh itu, aktiviti yang dirangcang bagi menjayakan gagasan ini lebih menjerus ke arah tarbiah, akademik dan kebajikan.
Kenapa tarbiah menjadi pra- syarat utama yang diletakkan oleh PPMS untuk menjayakan gagasan? Persoalan di atas sudah pun terjawab oleh Presiden PPMS Ust Nasruddin Noori dalam ucaptama beliau sempena Menuju Memori Bersama PPMS (member PPMS) yang bertajuk “Pasak Perpaduan, Gempur Perubahan” beliau telah menyatakan: “Tarbiah merupakan aset utama atau tunjang dalam mengerakkan nadi kesatuan dalam melahirkan insane-insan yang berjiwa rabbani dan bertaqwa”.
Syarat kedua pulak bagi menjayakan gagasan ini adalah akademik. Kerana dengan kejayaan akademik ia merupakan alamat kepada seorang itu mempunyai pemikiran yang betul dan terbuka dalam menerima apa jua bentuk perubahan positif mahupun negatif. Dengan wujudnya pemikiran yang terbuka dan boleh menerima, seorang itu mudah untuk mejadi gagasan ini sebagai landasan untuk bersatu dan berukhuwwah tanpa banyak bicara dan alasan. Bahkan dengan mempunyai pemikiran yang sebegini, melayakkan dia menjadi duta kecil bagi menjayakan gagasan yang besar ini. Kerana dia tahu dengna gagasan inilah prestasi pembelajarannya akan meningkat dan dia boleh meningkat potensi diri ke arah lebih cemerlang. Kesatuan itu rahmat dan berkat.
Kebajikan menjadi pra-syarat ketiga untuk menjayakan gagasan besar ini, seperti yang kita sedia maklum objektif penubuhan PPMS adalah untuk menjaga kebajikan ahli PPMS dari semua sudut dan aspek. Dengan pelbagai pendekatan dan pembawakan. Apabila menyentuh soal kebajikan, ramai ahli yang salah faham tentang takrif dan perlaksaannya.
Secara umumnya, kebajikan boleh kita takrifkan sebagai segala perkara yang mendatangkan kebaikan dan menjauhkan kemudaratan kepada ahli ia adalah kebajikan. Mengikut tahap keperluan ahli dari sudut dhururiyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Maka, apa yang dilakukan oleh PPMS selama ini adalah kebajikan kepada ahli secara keseluruhan. Dan janganlah kita fikir bahawa memberikan barang tabarru` itu baru dinamakan kebajikan yang lain dari itu bukannya kebajikan. Tanggapan yang sebegi salah sebenarnya. Bagi membicarakan dengan lebih terperinci soal kebajikan ini, akan penulis postingkan pada masa akan datang.
Antara perlaksanaan dan aktiviti dalam menjayakan gagasan Wehdatul Fikr wehdatul Amal ini adalah:
Sudut tarbiah dan akademik:
- Diskusi secara mingguan (tiap-tiap hati Jumaat)
- Study group dikalangan ahli
- Kolokium Ilmuan Generasi Syam (Kongres `10)
- Forum-forum ilmiah
- Muhadharah dari syeikh
- Memberi anugerah kecemerlangan
- Program-program di bulan ramadhan
- Berusaha memberikan maklummah yang tepat kepada ahli
- Kempen jom membaca
- Kempen jom Amanahmu (Amar Maaruf Nahi Mungkar)
- Kempen sifar poteng
- Kempen jom sedekah
- Kempen ikut sunnah Nabi
- Kempen sifar gagal
- Kempen mari berbahasa Arab
Sudut kebajikan:
- Memperkemaskan Badan Kebajikan Anak Negeri (Bkan) dengan menjadikan dalam membentuk komuniti zon. Menjadikan BKAN sebagai PIC utama untuk menjaga kebajikan ahli.
- Menaiktarafkan sistem mas`ul kepada institusi mas`ul dengan memberikan penekanan yang lebih serius kepada keselamatan akhawat dan kebajikan mereka.
- Memperkenalkan konsep Yang Berhormat (YB) bagi memudahkan ahli mendapatkan maklummah dan membuat sebarang pengaduan berkenaan masalah yang dihadapi.
- Ziarah mahabbah ke rumah ahli
- Mengadakan sukan dan hari keluarga untuk ahli
- Berusaha mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma kepada ahli
- Berusaha membantu ahli dari sudut masalah kewangan dan keperluan
- Memberikan kursus dan bengkel kemahiran kepada ahli secara percuma