Home > MINDA MUJAHID > KITA ADALAH JENTERA UTAMA…vol.2

KITA ADALAH JENTERA UTAMA…vol.2


Berusaha Terjunkan diri dalam lapangan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya

Salam Damascus…..

Buat semua sahabat yang balik ke Malaysia melalui kebaikan subsidi kerajan Malaysia dari trip 1 hingga 3. Moga kalian berada dalam keadaan dirahmati dan diberkati Allah.

Sudah hampir semua kita menghabiskan masa bersama dengan keluarga yang dikasihi dan cintai…pelbagai perkara yang kita raikan. Semua itu adalah nimat Allah pada kita sebagai hambanya.

Sekarang kita sudah dan mula merasai bahang PRU-13, samada tahun 2011 ayau 2012, apa yang penting adalah persiapan kita dalam berhadapan dengan semua perkara yang mendatang. HIMPUN adalah salah satu simbolik pelbagai isu yang berlaku dalam negara malaysia yang kita sayangi ini, ia sudah cukup memberikan gambaran kepda kita semua bagaimana meletakan diri kita dalam lapangan dakwah dan tarbiah.

Penulis tahu, kebanyakan sahabat yang pulang ini adalah hanya bercuti dan tidak berhajat untuk mencari kerja jauh untuk terjun dalam medan dakwah khususnya dalam soal parti politik. Tetapi nasihat penulis, berusahalah untuk mencari pengalaman bekerja dan berdakwah semasa kepulangan kita ini, kerana dengan meletakan diri kita dalam lapangan masyarakt ini, kita akan dapat mengenal pasti dimana kelemahan dan kekuatan diri kita yang sebenar.

Kita tidak akan dapat mengetahui realiti kelemahan dan kekuatan kita melainkan kita terjun dalam lapangan dakwah dan tarbiah mengikut kemampuan dan kehendak kita. Sekiranya kita tidak dapat mengenal pasti kedudukan dan keadaan kita, kita adalah manusia yang gagal untuk membangunkan potensi diri buat keperluan ummah ini masa akan datang. Mereka yang kenal kelemahan dan kekuatan diri sahaja yang dapat membangunkan masyarakat mengikut keperluan dan kemahuan mereka. Bagaimana kita mahu mengetahui kelemahan dan kekuatan diri kalau kita tikda terjun dalam medan realiti masyarakat?

Kepulangan kita tidak dianggap oleh masyarakat sebagai masa bercuti atau pulang dari terjebak dalam kebangkitan umat Islam Syria seperti tanggapan kita dan para keluarga kita, tetapi mereka beranggapan kepulangan kita adalah untuk membimbing dan memimpin mereka dalam apa jua lapangan keIslaman.

Itu hanya anggapan masyarakat, tetapi untuk memenuhi anggapan baik masyarakat tersebut kita perlu turun sendiri melalui pelbagai cara dan keadaan, masyarakat tidak akan menghantar surat rasmi untuk menjemput kita bagi memenuhi setiap program yang mereka  anjurkan jauh sekali dihamparkan kepada kita permaidani merah. Tidak mudah untuk terjun dalam lapangan sebenar tetapi perlu kita usaha kearah itu

Dalam tempoh percutian kita ini, kita terjun dalam lapangan masyarakat, kita pasti akan mengetahui dengan tepat mana kelemahan dan kekuatan kita, kemudian kita berusaha untuk perbaiki bila kita pulang ke Syria semula kelak. Itulah cara yang terbaik bagi melengkapkan diri kita sebagai keperluan masyarakat dikemudian hari. Mengajar dan belajar mesti berjalan serentak.

Sempena musim cuti sekolah yang akan datang, gunalah tenaga dan pengalaman kita untuk mengadakan program-program pembangunan modal Insan dan masyarakat. pelbagai program boleh dianjur bersama dengan pelbagai pihak dan agensi. terletak kepada kemahuan kita dan keperluan masyarakat sahaja

Kepada mereka yang tidak mampu untuk menganjurkan apa-apa aktiviti dan program, berusahalah untuk mengikuti setiap program yang diajurkan oleh pelbagai pihak penganjur diperingkat kawasan, negeri dan negara.

Apa yang paling penting jangan habiskan masa kita dengan hanya “enjoy” bersama teman-teman tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa hasil dalam diri kita dan masyarakat.

Selamat bercuti dengan aktiviti dan program yang dianjurkan

 

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: