Home > TAFSIRAN MINDA > Soalan Panas ni !!!

Soalan Panas ni !!!


Suatu hari ketika penulis duduk bersama adik-adik dari SMIDU yang baru datang untuk meneruskan cita-cita mereka sebagai seorang ulama Negarawan untuk membawa masyarakat Malaysia keluar dari kejahilan. Salah seorang bertanyakan satu soalan kepada penulis, pada pandangan penulis soalan tersebut sangat sensitif kepada penulis dan mungkin sebahagian besar sahabat-sahabat yang lain, soalan yang susah untuk penulis menjawabnya dengan cara spontan apatah lagi dalam keadaan tidak ada matlamat dan halatuju yang jelas

“ bila abang Mujahid nak kahwin ni, ramai dah kawan-kawan Abang Mujahid yang dah kahwin? Kami nak juga tengok sapa bakal kakak ipar kami ni?”

Itulah soalan yang dilontarkan dalam nada yang humor tapi serius pada pengamatan penulis selepas penulis melihat.dari riak setiap wajah yang terukir dimuka adik-adik yang penulis kasihi ini. Dari soalan tersebut, menunjukkan adik-adik ini sangat rapat dengan penulis, dan penulis pun sangat rapat dengan mereka. Untuk pengetahuan pembaca, persoalanan yang sebigi bukan pertama kali ditujukan kepada penulis, bahkan sudah berkali samaada dalam nada serius atau humor.

Mereka ini adalah adik-adik sepengajian dengan penulis ketika penulis menuntut di Sekolah Islam Darul Ulum. Mereka pada masa itu berada dibawah jagaan penulis dan penulis membimbing mereka mengenal erti kehidupan di alam menengah atau remaja. Selepas beberapa tahun, dipanjangkan usia dan masa, Allah mempertemukan semula kami di bumi Syam yang penuh dengan keberkatan ini, tetapi di alam yang berbeza iaitu alam keuniversitiaan, Sekarang mereka tinggal sebumbung bersama penulis. Penulis sangat bersyukur diatas kurnian ini.

Dengan soalan yang dilontar oleh salah seorang dari mereka tadi, sangat-sangat menyentak penumpuan penulis buat seketika waktu. Dengan rasa tidak mahu mengecewakan mereka, penulis memberikan beberapa jawapan yang diselit dengan nasihat yang berguna kepada diri penulis dan mereka dalam meniti liku-liku kehidupan yang penuh mencabar dibumi Syam ini . kata penulis kepada mereka:

“ erm, soalan panas ni… susah juga ana nak jawab soalan anta tu, tapi insyaAllah kalau dah jodoh tak kemana, sampaila waktunya nanti, nanti kalau ana akan bagi kad jemputan”. Kata penulis sebagai respon awal kepada persoalan yang dilontarkan. Sambung penulis lagi:

“ tapi antum kena ingat! Nak kahwin bukan senang, bukan sekadar nak ikut sunnah Nabi, bukan sekadar nak tambah zuriat anak Adam, bukan sekadar nak melepaskan hawa nafsu kita sahaja, tetapi apa yang paling penting adalah kita kena tahu apakah maqasid yang terkandung disebalik pensyari`atan perkahwinan tersebut, supaya rahmat yang kita akan dapat bukanya bala atau murka yang kita perolehi pada akhirnya. Anta tahu tak apa maksud maqasid?

“Maqasid adalah maksud ataupun tujuan kepada sesuatu perkara yang dihendaki oleh Allah Taala disebalik pensyariatan sesuatu hukum keatas manusia dan hambaNya. Kita perlu tahu setiap perkara yang terjadi didunia ini adalah untuk mendatangkan semua kebaikan kepada manusia dan menjauhkan manusia dari kecelakaan atau kemudaratan” .Syarah penulis dengan panjang lebar kepada mereka tentang maksud maqasid berdasar kecetekan ilmu yang ada pada penulis.

Soal penulis kepada mereka lagi, “bagaimana kita nak tahu maqasd disebalik sesuatu hbukum tersebut, sedangkan kita tidak mendalami ilmu dengan penuh kesungguhan dan berazam tinggi? Nak tahu sesuatu perkara itu mestilah dengan ilmu yang kita pelajari, kita perlu ingat perkahwinan ini adalah sunnatullah yang pasti akan berlaku kepada kita semua dengan izinNya, bagaimana kita nak uruskan Sunnatullah ini mengikut kehendak yang Allah inginkan? Tidak dapat tidak mestilah dengan ilmu. Ilmu inilah yang akan membimbing kita dalam mmandu kehidupan yang fana ini. Jadi bukan senang-senag jer kita nak kahwin…” ujar penulis kepada mereka, menyebabkan suasan sunyi dan sepi seketika

“o………..macam itu yer, hebat juga, maksudnya bukan senang la yer…” kata salah seorang dari mereka, menghidupkan  suasana dari kesunyian.

“tahu tak pa, jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Kita perlu meningkatkan mutu kesungguhan kita untuk mengali sebanyak mungkin ilmu dibumi Syam ini, supaya kelak kita memahami maqasid perkahwinan tersebut dan menyelamatkan kita dari azabnya. Bukan senang, kerana dengan perkahwinan tanggungjawab kita bertambah, tanggungjawab kita kepada kedua orang mertua kita dalam menjaga dan memelihara anaknya, tanggungjawab kita kepada isteri dan anak-anak dalam membimbing mereka menuju keredhaan Ilahi, tanggungjawab kita kepada  Allah dan rasulNya dalam membawa obor Islam melalui pembinaan Baitul Muslim”. Tambah penulis sebagai respon kepada kepentingan mempunyai ilmu untuk membawa Usrah Muslimah.


“ Jadi ia mesti bermula dengan diri (fardi muslim) kita dahulu, dari situlah baru kita mampu membangunkan usrah muslimah, dari usrah muslimahlah kita mampu membentuk Mujtama` Muslim, dengan kekuatan mujtama` muslim maka akan terbentuklah Daulah Islamiah dimuka bumi ini, sekiranya Islam sudah mempunyai khalifah dan daulahnya tersendiri, Ustazul ummah sudah menjadi harapan kepada masyarakat dunia untuk membimbing mereka menuju redha Allah”. “Ceramah” penulis kepada mereka berdasarkan fikrah Syeikh Said Hawa dalam menyusun kaedah bagi mengembalikan semula kedaulatan dan keizzahan Islam yang sudah terkubur.

P/S: insyaalah untuk akan datan penulis akan tulis berkaitan dengan maqasid dalam perkahwinan dan fikrah Syeikh Said Hawa dengan panjang.

 

Categories: TAFSIRAN MINDA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: