DATO DR MASYITAH IBRAHIM VS MAHASISWI/WA ISLAM
“…Demi Allah, jejari yang setiap hari berzikir mentauhidkan Allah ini, enggan sekali menulis satu ayat pun yang memperakui dan tunduk kepada taghut…” – al-syahid Sayyid Qutb
Dengan iqrar di atas, penulis coretkan artikel ini buat tatapan pembaca khususnya mahasiswi-mahasiswi, siswazah-siswazah dan serikandi-serikandi perjuangan gerakan Islam. Bukan untuk menyalahkan atau membenarkan sesiapa, tetapi cuba untuk mengambil segala manfaat dari apa yang telah diciptakan Maha Pencipta. Kerana Allah menyuruh orang yan berakal untuk mengambil `ibrah dari apa yang diciptaaNya.
Apa sebenarnya yang ingin penulis coretkan…masih tertanya-tanya diminda pembaca. Idea artikel ini dicurahkan oleh adik usrah penulis(Jiilul Tahrir) Azan Safar kerana kekaguman dan keterujaan serta mahu untuk berkongsi bersama selepas beliau bertemu dan bertentang mata secara live dengan YB Dato Dr Masyitah Ibrahim ketika kunjungan beliau ke PPMS baru-baru ini. Kekaguman dan keterujan Adik Azan mungkin disebabkan beberapa factor( ini bagi pandangan penulis la..):
1) Mungkin kerana tidak pernah berjumpa dengan beliau sebelum ini, just hanya melihat dan mendengar sahaja
2) Mungkin kerana kecantikan dan kejelitaan Ummu Hadhari ini kot(sebab dia seorang lelaki hehe), yang sekarang sudah mendapat gelaran baru dari kalangan sahabat-sahabat penulis iaitu Duta penyayang 1Malaysia
3) Mungkin kerana kehebatan dan kepoweran dari zat diri Dr Masyitah Ibrahim itu sendiri, dari sudut keilmuan, kepetahan dalam berpidato, kecerdikkan dalam membidas segala persoalan yang dilontarkan, dll
Faktor-faktor di atas mungkin boleh kita jadikan sebab kenapa Adik Azan begitu impressed dengan Dr Masyitah Ibrahim. Tapi bagi pengamatan penulis dan dari pengenalan penulis dengan Aidik azan, penulis lebih untuk memilih factor yang ke-3. Kerana itu lebih dilihat sebagai tiang seri dalam penulisan kali ini. Serta apa yang diinginkan oleh Adik Azan sebagai perkongsiaan idea tersebut dalam mindamujahid ini.
SIAPAKAH DR MASYITAH IBRAHIM YANG SEBENARNYA?
(Ini semua penulis lontarkan mengikut apa yang penulis kenal dan tahu serta cuba memberi beberapa komentar dan pandangan dari apa yang penulis lontarkan. Tidak ada niat sebaliknya seperti yang penulis nyatakan di atas)
1) Anak seorang Imam besar bagi salah satu masjid di kedah
2) Mempunyai kecerdikkan dan kepandaian dalam bidang keilmuan dari peringkat rendah-PhD. Ini diakui sendiri oleh ustaz penulis yang pernah belajar diperingkat menengah bersama Dr Masyitah Ibrahim di Mahtab Mahmud, Kedah . (tapi apabila sudah masuk UMNO segala sudah tidak bernilai lagi)
3) Mendapat PhD dari Universiti Of Cairo
4) Bekas Seorang Profesor, doktor dan pensyarah di UIA( di sinilah bermula langkah beliau hingga ke Putrajaya)
5) Ahli panel Forum Hal Ehwal Perdana, penceramah dan motivator yang masyhur di seluruh Malaysia(kelebihan yang Allah kurniakan kepada Beliau)
6) Dapat menguasai Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab dengan sangat hebat dan mantap( siswah kita rasa-rasanya ada x? lihat kanan kiri jawablah persoalan ini)
7) WANITA PERTAMA:
- Siswazah Islam Mesir yang menyertai PRU bagi mendapat kerusi parlimen(bukan Adun yer..)
- Siswazah Islam Mesir dan wanita yang mampu menuntukkan mantan Imam Besar Masjid Negara Ust Taib Azamudin (PRU-11)
- Siswazah Islam Mesir yang menyertai kerajaan Umno/BN sepenuh jiwa raga serta ilmu
- Siswazah Islam yang terlibat dalam mengagaskan satu gagasan yang sangat besar dan menelan billion ringgit Gagasan Islam Hadhari (walaupun sesat dan jauh dari korikulum sistem Islam yang syumul)
- Satu-satunya siswazah Islam yang sampai ke Putrajaya (yang lain tu ada, tapi just sebagai kerani dll bukannya menteri)
- Siswazah Islam Mesir yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sejak 53 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Beliau sebaris dengan Rafidah Aziz, Syahrizat Abd Jalil dll
- Siswazah Islam Mesir yang mampu menguasai selok-belok pentadbiran Malaysia dengan sangat baik dan memberikan perkhidmatan dengan Ilmu yang diperolehi di Bumi Anbiyak (tapi sayang, dia terjun ke medan di era Umno/BN memerintah. Kalau Gerakan Islam yang memerintah, penulis rasa gerakan Islam akan berbangga mempunyai peribadi begini dalam memajukan Negara dari semua sektor)
- Siswazah Islam Mesir yang berani turun berhadapan dengan mahasiswa/wi Islam dan bukan Islam (Malaysia) diselururh Negara dan dunia.
- Siswazah Islam yang sangat berani terkehadapan ketika mana wujudnya Parti Islam yang hebat dan terbesar di Asia Tenggara bahkan dunia dalam isu-isu dan selok-belok keagamaan, kenegaraan, dan politk.
- Siswazah Islam yang berada dalam dua pemerintahan sejak Malaysia bernama Malaysia(berpengalaman sudah hampir 10 tahun)
- Siswazah Islam Mesir dan dunia pertama yang sudah sampai ke Dewan Parlimen dan mampu berdebat serta berhujah dengan pelbagai cendiakawan, politikus dan menteri dan negarawan.
- Siswazah Islam Mesir dan dunia pertama yang sudah sampai ke Dewan Senat Malaysia dan berada sebaris dengan senator-senator dalam Dewan( bukan tidak ada, sebagai cth Senator Mumtaz Nawi tapi adakah dia siswazah Islam dan mengambil bidang pengajian Islam?ini bukan bermakna penulis mahu memperlekeh beliau kerana penulis pun kagum dengan kepetahan beliau dalam berhujah tapi sekadar melontarkan jer….)
Jadi macam mana pembaca-pembaca yang budiman sekalian? Ada yang sudah tercabar dengan apa yang penulis lontarkan ini? yang berkaitan Dr Masyitah Ibrahim. Ada apa-apa yang sudah terdetik di pemikiran dan hati? ada yang tidak puas hati dengan pencapaian dan apa yang beliau perolehi oleh Dr Masyitah Ibrahim? (jangan tidak puas hati dengan penulis sudah la, kalau tidak puas hati jugak, penulis nak buat macam mana?dah hati manusia. Takkan nak pujuk pulak?)
Dari sudut hati kecil ini, nak la jugak menghuraikan secara panjang lebar untuk membuat perbandingan Dr Masyitah Ibrahim dengan muslimat Gerakan Islam Malaysia lebih khusus mahasiswi-mahasiswi lebih khusus lagi mahasiswi Syria tapi takut rasa bersalah pulak. Sebab takut-takut pulak nanti dikatakan memperlekeh peranan dan kemampuan mereka pulak? Cukuplah sekadar coretan di atas. Dengan harapan semuanya faham dan cuba untuk memahami dengan apa yang penulis lontarkan. Kalau positif yang kita fikirkan, maka positifla apa yang kita dapat. Tatapi kalau berlaku sebaliknya, sebaliknyalah yang akan berlaku.
Cuma penulis mahu mencoretkan beberapa peranan dan tanggungjawab yang perlu kita buat dan bertindak bersama untuk masyarakat mahasiswa-mahasiswi kita di bumi Syam ini, yang ingin menjadi mata rantai dan meneruskan nyalaan obor semangat perjuangan ini.
1) Minta kepada Allah supaya Dr Masyitah Ibrahim diberi hidayah oleh Allah Taala dan kembali ke jalan yang diredhi-Nya. Adakah salah atau berdosa kita berbuat demikian? Dengan orang kafir pun Nabi minta kita berdoa apatah lagi sesama Mukmin. Cumanya tidak mengikut aturan dan sistem Islam yang sebenar. Moga dengan ilmu, pengalaman dan kebolehan yang ada pada beliau dalam pemerintahan Negara boleh dimanfaatkan ketika Hizbi Islami memerintah kelak. Insyaalah…kita doakan
2) Mohon kepada Allah supaya Dr Masyitah Ibrahim tidak termsuk dalam golongan agamawan yang dikambinghitamkan oleh Umno/BN dalam melancarkan agenda taghut mereka seperti apa yang berlaku sekarang kepada Hamid Othman, Nakhaie Ahmad dll lain. Apatah lagi kalau berlaku seperti anwar Ibrahim hingga diaib dan penjarakan. Umno/BN boleh melakukan segala-segalanya.
Adakah waktu itu kita baru nak bertindak? Jawapannya Hizbul Islamilah yang akan menjadi tempat untuk mereka memohon simpati dan ehsan dan Hizbul Islamilah yang boleh menerima mereka. Tapi pada waktu apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur. Masa kita pulak habis digunakan untuk membela meraka Kerana penulis berkeyakinan Dr Masyitah Ibrahim ini masih boleh diselamat dan dirawat lagi. Buat masa sekarang ini sementara menunggu kemenangan Islam pada PRU-13 nanti. Insyaallah.
3) Mohon kepada Allah supaya Hizbi Islami diberi kemenangan hingga boleh memerintah Negara. Kerana dengan cara beginilah kita boleh menolong golongan yang macam ini. Yang selama ini hanya menjadi alat dan boneka Umno/BN. Kerana dengan adanya golongan yang macam inilah kerajaan taghut BN masih memerintah hingga sekarang. Ia melambatkan proses kemenangan
4) Dan apa yang paling penting, kita berdoa dan berusaha untuk melengkapkan diri bagi melayakkan kita mendapat title Ulama Negarawan yang bukan sahaja boleh menempatkan diri kita di Putrajaya atau agensi-agensi kerajaan yang lain, tetapi apa yang lebih penting kita mampu mencorak sistem pemerintahan Negara mengikut acuan Islam yang sebenar
5) Seranan yang terakhir ini, penulis lebih khususkan kepada mahasiswi yang mahu mengambil apa yang penulis lontarkan ini. Tapi bukan bermakna mahasiswa hanya menggoyang kaki atau kepala. Ambillah apa yang bermanfaat. Seranan ini penulis naqalkan dari artikel yang sangat menarik bagi pengamatan penulis yang disiarkan dalam majalah Itqan edisi Bumper (bukan bumber yer..maaf). Syabab penulis ucapankan kepada penulis artikel yang bertajuk: Agamawan Dinamik, Promoter Islam terbaik
- PENULIS : Belajar menterjemahkan idea di fikiran dalam bentuk penulisan isu semasa di blog atau akhbar, nyatakan pendirian anda, bukan orang lain, kemudian bandingkan pandangan anda itu dengan pandangan bloggers atau penulis lain dalam isu yang sama tersebut. Di sini anda akan belajar erti kematangan melihat sesuatu isu semasa dari pelbagai sudut yang berbeza.
- PENCIPTA RESPON DAN TINDAKAN : Belajar untuk lebih ‘outspoken’ dan memimpin action, bukan dipimpin muslimin. Cara terbaik, dari awal lagi anda yang membincang dan memimpin action yang tidak boleh dilakukan oleh muslimin atau sesuatu yang terlepas pandang oleh muslimin.
- PEMIDATO BERPENGARUH : Belajar untuk mengutarakan sesuatu idea difikiran secara berkesan kepada pendengar, bukan sekadar bercerita yang membosankan, meleret-leret dan tidak memberikan kesan maksima.
- PEMBACA BUKU BERAT DAN GABUNGAN HARAKI : Lazimi pembacaan buku-buku mengenai pemikiran dan para pemikir ( reformis ) Islam khususnya, tetapi tidaklah mengetepikan bacaan kitab-kitab muasarah fiqhiah.
- PEMBENTANG & PENGKRITIK : Latih diri hadiri sesi-sesi brainstroming berat dan membanyakkan perbincangan kupasan buku, jadi pembentang atau berikan pandangan, terutama apabila membincangkan suatu yang besar dan jauh.
Moga peranan dan seranan ini dapat kita laksanakan bersama demi Islam tercinta. Jangan kita pandang buruk kepada seseorang kerana tersalah prinsipnya, tetapi dalam maa yang sama kita tidak berusaha untuk mengubah dan menempatkan diri kita sebaris dengan golongan ini. Dan penulis mohon apa yang penulis lontarkan ini tidak menjadi hujah ke atas diri penulis.
Firman Allah Taala:
“Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya”. as-Saff:2-3
Sebelum penulis mengakhiri coretan ini, tahniah dan syabas penulis ucapkan kepada Presiden PPMS Ust Nasirudin Noori kerana memberikan cenderahati Istimewa PPMS kepada Dr Masyitah, ia sebagai simbolik perletakan batu asas untuk meletakkan mahasiswi-mahasiswi versi Syria di Putrajaya dalam 5 atau 10 tahun akan datang. Biarlah zat cenderahati itu tiba dahalu di wisma Kementerian Jabatan Perdna Menteri,
Insyaallah mahasiswa/wi akan menyusul 5 atau 10 tahun akan datang. Maka waktu itu, dewan parlimen dan dewan senat dibarisi oleh bakal Ahli parlimen wanita versi Syria seperti Dato Dr Afiyah Abd Kadir Siswazah Islam Syria pertama dan lain-lain insyaallah. Dan ucapan terima kasih kepada adik azan kerana sudi berkongsi iden dan pandangan dengan penulis maafla atas garauan bertulis yang penulis coretkan. Tak tahula ia bertepatan dengan apa yang adik azan nak atau tak. Tetapi yang paling penting, moga ia mendapat manfaat kepada kita semuanya khususnya diri penulis sendiri.
p/s: Untuk mendapat berita lanjut layarilah:ilmuanmuda.wodpress.com