Home > ISU DUNIA > Ucaptama Presiden PPMS PPMS 09/10

Ucaptama Presiden PPMS PPMS 09/10



“ Pasak Perpaduan Gempur Perubahan ”

1.0 Muqaddimah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah s.w.t  tuhan semesta alam  dan seluas lautan kesyukuran di atas nikmat iman & Islam yang dianugerahkan sehingga  diberikan ruang nafas dan udara pada hari ini. Gugusan selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w yang telah melestarikan alam buana ini dengan keindahan islam, mengalirkan nikmat kesejahteraan yang melimpah kepada ummat manusia. Alhamdulillah tiada lafaz yang selayaknya dipuji dan dipuja melainkan DIA.  Firman Allah s.w.t dalam surah at-Thur  ayat 56:

“Tidaklah aku jadikan jin & manusia itui melainkan mengabdikan diri ( beribadah ) kepadaku.”

Muslimin & Muslimat yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan kepada kita bersama-sama berada disini, pada hari ini, di dalam bulan yang mana disebut didalam al-Quran sebagai bulan yang dimuliakan Allah s.w.t.

“ Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah s.wt pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah ‘haram’       ( Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab )” -surat at-Taubah : ayat 36

Bulan ini juga menyaksikan kepada kita peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam, dimana pada bulan ini telah berlaku peristiwa hijrah pertama umat Islam dalam meyampaikan misi dakwah secara terbuka. Peristiwa ini memperlihatkan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam memperjuangkan kalimah Lailahaillallah. Hijrah Rasulullah ini, memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah s.a.w., ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri. Kejayaan dan penentangan yang dihadapi umat Islam sejak lebih 1431 tahun yang lalu telah meletakkan kita diposisi paling hadapan untuk terus mempertahankan Islam daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Seperti mana jatuh bangunnya khilafah Islam suatu ketika dahulu, PPMS juga menghadapi perkara yang sama. Pencapaian PPMS hari ini ingin menuju ke arah yang lebih memberangsangkan dari segi kematangan dan kemantapan dalam berorganisasi berdasarkan pengalaman dalam mengharungi berbagai mehnah dan tribulasi mengingatkan kita kepada sunnah perjuangan. Bukan bermakna pencapaian ini menutup mata kita dari mendepani cabaran yang lebih hebat pada masa hadapan bahkan ia adalah sebagai pencetus kepada pemerkasaan PPMS sendiri. Kemantapan ini adalah hasil dari kerjasama erat yang terjalin antara barisan kepimpinan dan ahli serta ia lebih bermakna jika jiwa-jiwa yang menggerakkannya adalah dari generasi yang berjiwa besar untuk melihat dan memimpin perubahan ke arah yang lebih baik. Justeru, bertepatan dengan apa yang diharapkan, PPMS sesi ini bersepakat memilih tema “Pasak Perpaduan, Gempur Perubahan” sebagai merealisasikan perubahan yang diinginkan.

Sahabat & Sahabiah yang dihormati,

Sejajar dengan tema PPMS kali ini, telah mendorong kepada cetusan visi yang besar iaitu “ke arah melahirkan generasi ulama’ negarawan”. Dalam makna kata visi yang dicanangkan ini cuba mengetengahkan sebuah harapan dan impian besar dalam melahirkan ulama yang faqih dari aspek ilmu dan dalam masa yang sama tidak terkebelakang dalam aspek pengurusan, protokol, pentadbiran bermula dalam sebuah entiti kecil iaitu persatuan dan organisasi sehinggalah kepada sebuah entiti lebih besar dan kompleks iaitu mujtama’ dan daulah. Merealisasi impian ini seakan satu sumbang saran yang songsang dan tidak masuk akal namun, perlu difahami bahawa pelaksanaannya bukan berorientasi melahirkan seorang Menteri Besar, Ahli Parlimen, seorang politikus semata-mata. Ini adalah sebuah persepsi yang sempit. Sebaliknya visi ini ingin melahirkan ulama berjiwa rabbani dalam masa yang sama mempunyai kesedaran dalam tanggungjawab dakwah dan peranan dalam masyarakat serta negara. Tanpa kita menafikan peranan yang dimainkan oleh ulamak terdahulu yang memainkan peranan penting dalam mentarbiah dan mendidik masyarakat supaya lebih mendekatkan diri kepada islam. Kita memilih visi ini, bagi merealisasikan penggabungkan di antara turath dan muasarah, supaya generasi akan datang mampu mengharungi cabaran semasa yang memerlukan kepada penggabungan dua perkara ini. Mungkin istilah ulama negarawan ini masih agak asing di halwa telinga kita namun jangan hanya kerana sebuah istilah asing ia terus ditolak tepi tanpa sebuah penilaian dan pemahanan yang jelas. Sebuah istilah boleh jadi salah namun menilai atas sebuah nama ia bukan kayu ukur utama untuk mengatakan idea tersebut salah. Namun yang menjadi kayu ukurnya adalah sejauh mana manhaj dan uslub yang diketengahkan, adakah benar ataupun salah. Sebagai contoh, sebuah idea atas nama Islamisasi walaupun dengan menggunakan nama Islam, namun tetap dilabel salah sekiranya manhaj dan uslubnya tidak bertepatan dengan syariah dan kehendak Islam.

Di sini, mungkin agak menguji tahap kematangan kita dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Andai kata terdapat kesilapan, di sinilah menguji kekuatan kesatuan kita dan bagaimana hubungan dua hala yang mampu diwujudkan, bagaimana bentuk perbincangan yang mampu diamalkan yang pastinya menguja dan menguji antara pimpinan dan ahli dalam sebuah organisasi. Silaplah pemimpin jika ditegur lalu menengking. Silaplah yang dipimpin jika menegur dalam menengking. Oleh itu, untuk melakukan satu momentum yang berbeza dalam mewujudkan kemenangan dan kejayaan hakiki dari segala sudut dan bukan sekadar basah dan kering di bibir sahaja, haruslah dilakukan secara kolektif, komited dan konsisten dengan keterlibatan semua pihak yang bernaung di bawah PPMS sama ada pemimpin atau yang dipimpin. Perubahan itu bukan mudah dilakukan walaupun tak mustahil, tetapi kekadang juga sesuatu perubahan yang mudah dilakukan boleh jadi tergelincir daripada matlamat asalnya seandainya tiada kesepaduan. Maka, sukalah ana mengulangi tema PPMS yang digariskan pada tahun  ini iaitu “pasak perpaduan, gempur perubahan”. Perpaduan dari aspek fikrah dan amal dalam menggempur perubahan mentaliti dan sikap sehingga menuju kepada misi dan matlamat. Saya, dengan ini dengan rasa rendah diri ingin mengajak seluruh warga PPMS termasuk pimpinan dan ahli agar kita sama-sama berusaha dalam memastikan visi dan misi PPMS sesi ini mencapai kejayaan dan kecemerlangan. InsyaAllah.

1.1 Memperkasakan Tarbiah dan Pembudayaan lmu

Tarbiah merupakan asset atau tunjang dalam menggerakkan nadi kesatuan dalam melahirkan insan-insan yang berjiwa rabbani dan bertaqwa. Tanpa pendidikan jiwa dan pertambahan nilai dalam diri seseorang itu, memungkinkan hidup hanya kerana dunia semata-mata di atas kefahaman yang boleh memerangkapnya. Seperti yang digembar-gemburkan pada tahun ini perubahan dalam bentuk organisasi telah berlaku seperti mana yang berlaku dalam portfolio tarbiyah dan akademik digabungkan di bawah satu eksekutif iaitu di bawah portfolio Pembangunan Insan. Tidak menafikan faktor keruncingan masalah tenaga kerja manusia (TKM) menjadi pendorong kepada penggabungan portfolio ini. Namun, aspek kesesuaian dan keperluan juga menjadi penilaian supaya menjadi satu landskap yang sesuai agar memberikan lebih kefahaman yang seiring dan jelas dalam memperkasakan dan melahirkan ulama’ negarawan. Fokus utama bagi lajnah dan biro Pembangunan Insan kali ini ialah memperkasakan lagi institusi diskusi dan membudayakan lembaran ilmu selain menekankan dan menghidupkan konsep AMANAHMU (Amar Makruf Nahi Munkar). Di samping itu, PPMS pada tahun ini melalui misi ini akan cuba memantapkan  pembinaan syakhsiah, ruhiyyah, perlaksanaan disiplin, akademik dan sifar gagal, membentuk ahli yang berjiwa kepimpinan dan menguasai multi skill agar mencapai generasi yang berkualiti hasil pentarbiahan dan pendidikan murabbi di sini. Demi menjayakan misi tarbiah ini, maka perubahan demi perubahan mesti dilakukan secara bersama. Kebersamaan inilah yang akan membentuk satu kefahaman bahawa agenda tarbiah itu adalah agenda bersama dan bukannya digalas dibahu Biro dan Lajnah Pembangunan Insan sahaja.

1.3 Mewujudkan Kesatuan Pemikiran dan Kerja ( وحدة الفكر ووحدة العمل )

Pasak perpaduan, gempur perubahan menjadi mekanisma penting yang mesti difahami semua pihak yang terlibat tidak kira pimpinan atau ahli. Keberkesanan dalam melaksanakan misi ini memerlukan kerjasama dan kesefahaman yang utuh dalam membangunkan komponen-kompenan yang berkait padanya. Seperti pemerintah dengan rakyat, majikan dengan pekerja dan pemimpin dengan ahli. Perbincangan dan keputusan dari kedua-dua pihak sangat memainkan peranan penting dalam membuahkan hasil yang sempurna. Setiap pihak yang terlibat pula harus memperkemaskan cara pendekatan dalam menerapkan nilai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab semua. Kali ini juga, pemikiran yang sempit dan jauh merawang akan cuba dibenteras supaya semua ahli peka dengan tanggungjawab masing-masing agar menjadi insan yang beradab terhadap diri dan kepada Dia Yang Maha Agung. Kita berdoa juga, agar semua hati-hati yang bersatu ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita dalam menperkembangkan keberlangsungan dakwah seterusnya. Oleh itu, betapa pentingnya kita melakukan anjakan paradigma mengubah mentaliti masyarakat dengan kita membuktikan bahawa mahasiswa/i timur tengah di sini tidaklah jumud dalam berfikir, berorganisasi dan belajar sehingga meninggalkan sebahagian yang lain.

1.4 Menjaga dan Memperkemaskan Pengurusan Kebajikan Ahli

Sidang hadirin yang dimuliakan,

PPMS yang bertapak sejak 1986 ini tertubuh atas dasar ingin menjaga kepentingan dan kebajikan ahli akan terus meningkatkan kualiti dan memperkemaskan lagi pengurusan yang sedia ada. Pelbagai aktiviti telah disusun dan diadun pada setiap tahun bermatlamatkan perpaduan harus dititikberatkan oleh semua ahli selaras dengan tema yang ingin kita bawakan. Bagi mengorientasikan kebajikan ahli, Lajnah kebajikan telah menyusun beberapa perkara yang penting antaranya sistem Mas’ul, memperkemaskan maklumat semasa ahli dan mempertingkatkan kualiti sistem penyebaran maklumat dan informasi. Pemerkasaan pengurusan kebajikan ahli pada sesi ini merupakan satu langkah ke arah menjaga kebajikan ahli dengan cara memecahkan beberapa kawasan dan setiap kawasan akan dijaga dan dipantau secara keseluruhannya oleh exco yang dilantik bagi kawasan tersebut. Tindakan ini juga merupakan salah satu langkah untuk merapatkan ukhuwah antara pimpinan dengan ahli atau dipanggil “mesra ahli”. Manakala Sistem Mas’ul pula di susun bagi memastikan keselamatan akhawat supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Mas’ul yang telah dilantik mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, kerjasama perlu diberi antara akhawat dan mas’ul masing-masing agar perlaksanaan sistem ini dapat berjalan dengan baik. Seterusnya, pihak persatuan akan sentiasa memperkemaskan maklumat semasa ahli dari segi pengajian, tempat tinggal, dan lain-lain untuk tujuan sumbangan dan kebajikan ahli. Manakala saluran penerangan seperti web, ppms info dan warkah merupakan medium utama dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada semua ahli. Justeru, pihak PPMS akan terus meningkatkan kualiti dalam usaha menyebarkan maklumat dan informasi kepada setiap ahli melalui saluran yang sedia ada ini. Kesemua yang dirancangkan ini memerlukan sokongan dan dokongan dari setiap ahli dalam rangka merealisasikan perpaduan dan perubahan yang diinginkan bersama.

1.5 Menjana Sumber Kewangan PPMS

Antara misi lain persatuan pelajar Malaysia Syria pada sesi 09/10 adalah untuk menjana sumber kewangan PPMS kearah yang lebih mantap dan mapan. Ini kerana ekonomi merupakan nadi penggerak kepada setiap agenda yang telah kita rancangkan bersama. Dalam Islam sendiri ekonomi merupakan elemen yang penting untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Bukti jelas kita dapat lihat  melalui sirah perjuangan nabi-nabi, para sahabat dan kaum muslimin yang telah mengorbankan hamper semua harta mereka untuk perjuangan menegakkan Islam. Saidina Abu Bakar sendiri telah menyerahkan seluruh hartanya dalam peperangan Tabuk sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya “ apa pula yang kamu peruntukkan untuk diri kamu dan keluarga kamu?” Beliau menjawab dengan tenang. “ cukuplah Allah dan Rasul bagiku” begitu juga Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Umar yang telah menginfakkan separuh dari harta mereka dalam misi ini. Semua ini menunjukkan betapa besarnya peranan ekonomi dalam Islam.

Jesteru, ana bagi pihak PPMS menyeru ke atas setiap ahli atau individu untuk berfikir dan memberi saham bagi menjana dan mengukuhkan lagi sumber kewangan PPMS pada kali ini dan akan datang. Seperti mana yang kita sedia maklum, sumber kewangan PPMS adalah sangat terbatas dan kita tidak menerima peruntukan yang tetap daripada mana-mana pihak atau agensi. Ini menjadi tanggungjawab kita semua untuk bekerjasama dalam menjana projek-projek ekonomi dengan lebih kreatif dari masa ke semasa. Kita juga digalakkan untuk mempromosikan atau memperkenalkan PPMS kepada masyarakat di Malaysia serta mengadakan hubungan dua hala antara PPMS dan negara-negara luar, lebih-lebih lagi negara Malaysia dengan tujuan  memudahkan gerak kerja mencari sumbangan dan untuk menjayakan agenda-agenda kebajikan itu sendiri.

Peruntukan kewangan PPMS sesi 2010 telah di keluarkan yang mana memperlihatkan 50% diperuntukkan bagi gerak kerja pentadbiran PPMS. Peratus yang diperuntukan ini adalah merangkumi bayaran sewa rumah persatuan dan lain-lain. Manakala 30% lagi telah diperuntukkan untuk kebajikan ahli. Sebagai contoh; bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, sumbangan barangan keperluan kepada ahli dan pengurusan iqamah. Baki selebihnya iaitu 20% telah dikhususkan untuk segala aktiviti dan program yang akan dijalankan pada sesi ini.

1.6 BKAN

Sidang dewan yang dimuliakan,

PPMS sesi 2010 tampil dengan wajah baru setelah melakukan beberapa perubahan dalam organisasi, perancangan, perlaksanaan dan aktiviti. Seperti yang kita sedia maklum, faktor terbesar kepada berlakunya perubahan ini adalah kerana masalah keterbatasan atau kekurangan tenaga manusia untuk disumbangkan kepada persatuan dan BKANS serta aktiviti dan program yang akan dijalankan. Justeru, lembaga eksekutif telah bersetuju untuk mengswastakan program-program mega PPMS dibawah pengurusan BKAN, dengan kata lain PPMS bekerjasama dengan BKAN bagi menyusun tenaga kerja manusia dan menjadikan BKANS sebagai penganjur bersama kepada program yang dijalankan. BKANS juga akan dilibatkan secara langsung dalam menjayakan misi ziarah mahabbah PPMS, selain akan diperkasakan sebagai jentera rasmi dalam menjana kebajikan ahli PPMS.

1.7 Penutup

Akhirnya, untuk menjayakan kesemua misi-misi ini, perkara pertama yang diperlukan adalah kerjasama dan sokongan dari semua pihak. Ilmu yang mantap, kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang wujud dalam diri kita, haruslah digemblengkan menjadi suatu tenaga yang kukuh, mampu menangani apa jua perubahan yang berlaku. Kita hendaklah menjadi penggerak utama ke arah perubahan  dan perpaduan yang lebih baik. Mereka yang tidak berupaya merenung dan belajar dari suasana yang sudah berubah tidak mungkin mampu menjadi penggerak utama, malah akan menjadi golongan yang tercicir dari arus perubahan. Seperti yang disabdakan Rasulallah (SAW) : “Sesungguhnya zaman akan pantas berubah, tidak dapat tidak bagi mereka yang bijak untuk sentiasa menguasai realiti zamannya itu”. Kiranya tidak mampu menangani perubahan, kita hanya bakal menjadi sejarah. Oleh yang demikian, kami dari PPMS menyeru dan

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: